Thursday, 1 March 2018

Buat Apa Selama Ni ? #ninacerita


Hi.

Rindu rasanya nak cerita-cerita dekat blog ni :(


Lama dah tak cerita pasal diri sendiri, asyik buat review sebab tak tau nak start cerita dari mana hmm.

Aku cerita pelan-pelan, okay?






Alhamdulillah.

Awal tahun 2017 aku telah selamat habiskan latihan industri;practical selama tiga bulan dan secara tak langsung telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma yayy!
Dalam tempoh tiga tahun nak habiskan diploma fuhh macam-macam dugaan datang. Dugaan rindu keluarga oii semestinya, dugaan belajar, konflik dengan orang sekeliling masa dekat kolej lagi, tak lupa juga dugaan bercinta kahkah kemain kau.


Dan macam-macam lagi la dugaan terpaksa dilalui namun kami mampu menepis segala rintangan, cabaran dan halangan dengan jayanya gitew hahaha.


Konvo je belum lagi. Dah setahun dah pun. Boleh la kot kalau panggil graduan basi? hehe




Alhamdulillah.

Selepas raya puasa tahun lepas, sekali lagi aku diberi peluang untuk bergelar seorang pelajar. Dapat tempat/ bidang pilihan pertama aku pulak tu!
Yang paling seronok, kali ni dapat bidang yang dah lama minat. Besar kan kuasa Allah. Dulu nak sangat-sangat belajar bidang ni tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa tolak tawaran bidang ni masa diploma dulu :(


Pernah la jugak rasa ralat sekejap pasal ni dulu tapi fikir positif dah la. Banyak hikmah dia rupanya :)

Agak-agak korang bidang apa la ya? Jeng jeng jeng.




Tempat yang aku pilih pun jauh sikit sebenarnya. Kekonon nak bawak diri la sebelum tu, tu yang tekad sangat pilih jauh-jauh.
Nahh sekarang ambik kau nak balik pun fikir banyak kali sebab penat nak tempuh perjalanan tu. Setakat cuti beberapa hari je, tak mampu sis nak balik kampung.


Yang tau dekat mana tu diam-diam shh tolong jangan kantoi kan aku weh hahaha.




Setakat ni dulu cerita, okay? Nanti sambung balik. Panjang-panjang kang boleh buat satu novel terus. Muntah korang semua nak baca semua haha.


Love, Nina.

9 comments :

  1. hahaha
    nanti sambung lagi

    ReplyDelete
  2. Memang lama dah tak baca pasal your life updates :)

    ReplyDelete
  3. bidang ap tu ek..nnti sambungla hehe..btw moga terus sukses, fighting!

    ReplyDelete
  4. haiii computer student here hehe )

    ReplyDelete
  5. hye nina..gudluck nina..skrg aff tgh intership training agi T.T

    aff amik course logistic :D

    ReplyDelete
  6. wahhh teringin nak tau bidang apa :D
    share la :3

    ReplyDelete
  7. hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  8. emmmm baru syok bacaaa hahaha
    cepat lah update nak tau juga bidang apakah itu yang menjadi tanda tanya

    ReplyDelete