Monday, 10 July 2017

Keseronokan Bercuti ke Kuala Lumpur! - Berjaya Times Square


Hi!


Selamat Hari Raya!

Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.


Haa, bila dah habis beraya ni mestilah nak berjalan-berjalan, bersantai-santai pulak kan. Tapi memandangkan raya kali ni dah beraya sakan, buat beli baju raya, dengan belanja balik kampung lagi, bajet pun tak berapa nak mengizinkan, ataupun malas nak ke tempat yang jauh mestilah kita semua nak ke tempat yang dekat-dekat sahaja, ye idok?



Contohnya, Kuala Lumpur ataupun nama glamer nya KL, gittew. Siapa sini suka lepak KL? Kalau orang-orang sekitar KL atau Selangor mesti ada yang rasa dah bosan atau mungkin ada yang cakap, "hek eleh, KL je pun", mungkin jugak ada yang terus nak blah dari blog ni.



Hellooo, yang mana dok pikir macam tu, tolong la baca post ni sampai habis okay. Kalau tak, korang jugak yang rugi.



KL ni, ada banyak tempat yang menarik samada korang nak cari port untuk melepak saja ataupun bercuti sakan, semua ada. Complete. Bak kata orang, pakej all in one lah. Syok kan?
Sebelum nak cerita lebih panjang, nak tanya la sikit, ada ke yang belum pernah pegi Berjaya Times Square? Haa bagi yang belum, korang wajib baca ni, okay? Yang selalu pegi pun kena baca jugak tau!





Untuk pengetahuan korang, Berjaya Times Square Kuala Lumpur ni merupakan bangunan yang kelima terbesar di dunia dan sebuah pust membeli belah yang mengumpulkan lebih 1000 kedai di bawah satu bangunan. Haa, senang cerita, Berjaya Times Square ni shopping mall yang besar kemain, pusing-pusing banyak kali pun belum tentu lagi rasa bosan gittew.
Bangunan ni terletak di sisi Jalan Imbi dan berdekatan dengan tren RapidKL. Jadi, memang mudahlah untuk ke tempat sana dengan menggunakan pengangkutan awam.



Yang menariknya lagi, you guys can find great stay at Berjaya Times Square. Di mana kat atas pusat membeli-belah ni terdapat sebuah hotel 5 star dengan tawaran lebih 650 bilik, taman atas bumbung dan gelanggang skuasy. Kalau korang datang bercuti ke KL dan mencari penginapan, memang aku suggest kan korang untuk stay kat sini sebab memang terbaik weh!



Setanding dengan harganya, hotel ni memang eksklusif. Korang boleh menilai sendiri dengan melihat design di setiap sudut ruangannya. Design biliknya sangat menarik. Selain mempunyai ruangan yang luas, di setiap ruang-ruang di dalamnya dibahagikan dengan petition. Apa yang best lagi, toilet and shower mereka dipisahkan dengan satu pintu. Ia satu kelainan dan sangat memberi keselesaan kepada pengunjung kerana setiap ruangnya mempunyai singki sendiri.  




Bagi aku, memang sangat jarang la boleh jumpa design hotel macam ni. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik juga boleh dikatakan sangatlah memuaskan hati semua seperti TV, hair dryer, bar mini, peti besi dan banyak lagi.
Tambahan lagi, apa yang membuatkan aku sangat syorkan hotel ni untuk korang semua adalah kerana biliknya boleh dibiarkan on saja. Means, korang boleh tinggalkan bilik dalam keadaan switch atau aircond terbuka. Biar betul kan?!! Tapi ni la hakikatnya. Sempoi habis. 

Bila dah bercuti di hotel mestilah nak mandi swimming pool kan? Aku rasa korang pun akan terkejut juga kot kalau tengok swimming pool dorang kat sini. The pool was very spacious guys! Memang enjoy melampau lah lebih-lebih lagi bila ada anak-anak sekali. 






Selain tu jugak, bila stay dekat hotel ni, nak ke Taman Tema Berjaya atau pun lebih dikenali sebagai Cosmos World tersangatlahhhhhh mudah okay. Korang naik je lift lepas tu turun je ke bawah dah boleh sampai. Menangis dengar weh!
Dah tak payah susah-susah naik kereta atau pengakutan awam. Mudah dan senang. Jimat masa lagi tuuuuu. 
Cosmos World ni pulak terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian untuk kanak-kanak dan dewasa dan aktiviti kat sana memang adventure. Sesuailah untuk korang yang memang suka dengan adventurous activities.






Antara tarikan nya jugak ialah Pawagam Gold Screen dan pusat bowling iaitu Superbowl Ampang yang mana merupakan pusat bowling terbesar di KL ni dengan 48 lorong. Perghh! Hebat okay, hebat. 



Bab makanan pulak, *haa, yang ni aku tau ramai yang tertunggu-tunggu nak baca :p

dekat bangunan ni terdapat pelbagai jenis restoran dan kedai makan yang sedap-sedap. Dekat hotel pun korang akan dapat pakej breakfast sekali. Jadi, jangan terlepas untuk mencuba minuman kopi di sini sebab mereka ada kopi freshly  brewed yang mana kopinya dikisar segar dari biji kopi. Terbaik dari ladang gittew. Menu yang lain-lain tak  kurang jugak, ada nasi lemak, roti canai, air buah-buahan, waffle, dan banyak lagi. Memang enjoy! Terus je rasa lapar bila cerita pasal makanan ni. 



So, guys tunggu apa lagi?!

Jom lah ke Berjaya Times Square. Happy holiday! 


Bye. 


10 comments :

  1. Lain kali sampai KL roger lah kitaaaa.

    ReplyDelete
  2. Memamg suka pegi TS, macam macam ada and barang pon agak murah. Paling penting foodcourt asian kat LG tu sedappppppppppp.

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
  3. Dah lamanya tak main bowling. Tak pernah tidur hotel lagi dekat KL sebab rumah pun dekat hahaha

    ReplyDelete
  4. Seronoknya bercuti...hihi

    ReplyDelete
  5. hotel dia nampak mewah :D saya dtg TS sebab nak shopping je hhaa

    ReplyDelete
  6. Pernah pergi TS sekali je seumur hidup ni. Hahaha :D

    ReplyDelete
  7. Memang seronok pun stay situ. hehe. hotel dia pun cantik n nampak mewah je kan :)

    ReplyDelete