Wednesday, 7 June 2017

MY HERMO HAUL


Hi.


Kalau yang dah baca blog ni dari dulu, tahu lah perangai aku yang suka shopping online ni. Antara website kegemaran aku, mestilah Hermo.
Dua hari lepas buat payment, hari ni dah sampai. Suka betul sebab kejap je sampai. Servis pos laju sekarang pun kemain bagus. Best la kalau macam ni selalu, terus rasa nak beli lagi je hehe.



Simple box from Hermo and all products wrapped with bubble wrap. Terus rasa lega sebab barang susah nak rosak ke apa walaupun kotak hampir hancur lol.

What I bought:

Innisfree No Sebum Mineral Powder 5g


Sebenarnya nak beli yang emoji edition punya sebab comellll melampau. Tapi tak ada rezeki kali ni dah out of stock.
Memandangkan aku ni bukan la rajin sangat nak tunggu Hermo restock balik, maka beli la yang original version ni. Tak kuasa akak nak tunggu lelama meh.




Laneige Water Sleeping Mask 70ml


Paling lama dalam wishlist, sebab takut bila beli tak berbaloi dengan harga #dilemawanita betul. Tapi kali ni malas nak pikir dah terus beli je. Buat-buat pejam mata bila buat payment lol.


Ada spatula kecik. Nanti tak payah ambil dengan jari, kiranya kebersihan terjamin giteww.


Laneige Trial Kit;

Power Essential Skin Refiner
Balancing Emulsion Moisture
Watar Bank Essence_EX 


Beli ni disebabkan sekarang muka aku tengah tersangat la kering. Tahap kekeringan tu memang sampai pedih-pedih habis. Ugh.
Bila baca review, set yang ni elok for dry skin. Beli yang trial kit dulu, kang beli yang besar harga memahal tak kena dengan kulit menangis akak.


Elianto Nourish & Moisture Pomegranate Vita-Rich Gel 300ml


Yang ni paling suka! Mesti kena ada. Memula nak beli satu je sebab yang dekat rumah dah nak habis. Tapi Hermo tak jual satu satu. Ada yang triple pack sahaja. Macam biasa, kita guna konsep malas nak pikir panjang terus beli je wakaka.


Tapi yang ni serious best! Tak tipu okay.

Muka aku ni kan jenis kering lepas tu mudah la nak pedih-pedih kalau panas sikit. Tapi bila pakai ni pedih kejap plus sejuk-sejuk nyaman gitu lepas tu terus okay. Kira penyelamat jugak la ni.

Berbanding dengan yang Aloe Vera semua tu, yang ni lagi okay bagi aku.


YADAH Oh My Sun Screen SPF35


Lepas tu dapat sample sunscreen YADAH ni. Yang ni pun dah lama dalam wishlist, bila Hermo bagi ni dapat la try dulu best ke tak yayy.


Pengalaman korang dengan Hermo pulak macam mana? Share la dekat sini hehe.

Thank you for reading!


*Not a sponsored post



4 comments :

  1. Tak pernah guna hermo tapi innisfree no sebum powder tu memang power. menyesal dulu tak beli banyak

    ReplyDelete
  2. memang shopping kat hermo, shipping laju je. :D

    ReplyDelete
  3. fuhhhh guna konsep pejam mata je eh nak beli tu hahahaha. tak penah try hermo ni. baru tahu! hehe

    ReplyDelete
  4. banyak gila shopping! laneige pulak tuuu xD

    ReplyDelete