Wednesday, 4 January 2017

HOW TO IMPROVE YOUR ENGLISH (NINA VERSION)


Hi.

Happy New Year, everyone!

Bagi setengah orang, english ni senang je. Tapi ada jugak yang rasa susah, kan ?

Tak apa, kali ni aku nak share macam mana nak improve english tapi versi Nina la. Simple je tapi harap-harap dapat tolong korang :)


1. ENGLISH SUBTITLES 

Please, please kalau nak cepat-cepat faham/kuasai english guna la subs english bila tengok movie ke drama ke. Jangan guna subs bm, indon or lain-lain. JANGAN!
Memula memang susah tapi kalau dah selalu buat kita pun jadi terbiasa. Bila jumpa je words yang tak faham/samar-samar terus lah rujuk dictionary. Secara tak langsung dapat belajar perkataan baru jugak yayyy.

Awww :) Diaorang pun cakap senang je english ni.

"Tak suka movie english?", "Kdrama di hati?" 


Uish jangan risau. Tengok kdrama pun boleh improve english. Guna la subs english jugak.


Reply 1994. Fav. kdrama ever kot sebab comel melampau.

Bila mak marah asyik tengok cerita je, cakapla "Tengah belajar english ni mak, sambil tunjuk subs english korang" hewhew terus gembira mak-mak melihat :p


Bila dah rasa power, slow-slow tengok movie tu tanpa subs pulak. Movie english la. Jangan buat perangai tengok drama korea tanpa subs pulak (lain la kalau memang nak belajar korea punya language).
Bila sampai part yang tak clear (terutama masa diaorang cakap laju), ulang la part tu banyak-banyak kali sampai faham jugak. Kalau still tak faham jugak, try masuk kan subs dan dengar balik. Mudah, kan?


Senang nya lahai nak belajar english ni; sambil layan movie/drama pun boleh.


2. BACA! BACA! & BACA!

Nak improve vocabulary kena lah rajin membaca. Lagi banyak baca, lagi banyak jumpa words baru. Beli la jugak novel english sistur-sistur sekalian, jangan asyik beli novel tipikal macam "Suamiku Romantis", "Isteriku Lemah Gemalai".
Kata nak improve english kan, tapi yang selalu beli/baca novel melayu. NO! NO!
Bukan nak marah baca novel melayu tapi jarang-jarang beli la novel english.


Kalau rasa tak mampu lagi nak faham novel english yang tebal-tebal tu, boleh start dengan buku cerita kanak-kanak yang dalam bahasa english. Sambil-sambil bacakan untuk adik ke, anak buah ke, anak sendiri ke, kita sendiri pun boleh belajar sekali yayy.  


Tips: Highlight kan part yang tak faham, bukak dictionary & cari definition. Tulis definition dia apa dekat sebelah words tu, lama-lama akan terhafal maksud dia dengan sendiri nya. 


"Susah nak dapat novel best seller dekat kedai?", "Bajet tak cukup?", "Novel/buku english mahal?" bla bla bla..

Ya, faham.


Novel yang popular, best-best ni kekadang tu bila kita cari kat kedai asyik takde. Ye lah nama pun best seller kan. Tapi jangan risau, sekarang zaman dah moden guna jari pun boleh gitteww. Tersangat la senang nak cari dan beli novel/buku english yang selalu habis kat kedai dengan harga yang berpatutan.

Contoh:

DEBOOK ROOM

Banyak pilihan, ada discount pulak tu wiwiwiwi.


Kalau malas nak bukak website dia pergi je insta Debookroom ni. Pilih-pilih mana yang berkenan terus whatsapp je. Mudah sesangat. 


Novel english ni biasanya mahal sikit (ke banyak?) di pasaran berbanding novel-novel tempatan. Tapi kalau dekat debookroom ni harga dia boleh tahan murah jugak la.
Kalau pandai cari, jumpa la insta-insta yang jual dengan harga yang lagi murah.
Buku/novel terpakai but in good condition so, why not kan?


Kalau still rasa "membazir la beli novel", "baik beli makanan", "baik menabung untuk masa depan", "duit dah habis buat shopping", "malas la nak bawak buku tebal-tebal" bla bla bla..


Tak apa. Jangan risau, Sekali lagi nak tekankan; "zaman dah moden/maju"


Baca la secara online. Sekarang ni banyak website, apps yang membolehkan kita membaca sekadar di hujung jari walau di mana-mana jua ewahh.


Contoh:

WATTPAD


Daftar lepas tu dah boleh pilih genre yang korang suka. Takde internet connection pun still boleh baca. Cuma masa pilih stories tu kena ada internet.

Genres yang korang boleh pilih dekat wattpad ni. 

See... Kemain mudah nak belajar/improve english. Jangan banyak alasan lagi dah :)


3. LYRICS 

Dengar lagu pun boleh belajar english? Uishh bestnyaaaaa!
Korang semua suka dengar lagu kan? Mesti dengar lagu english, kan? Sambil-sambil dengar tu perhatikan macam mana sebutan dia, ikut sekali. Kalau tak tau maksud, macam biasa bukak dictionary or senang-senang google je definition perkataan tu.


Adelewwww. -source

"Tak suka lagu english?", "Suka kpop je?"

Jangan risau.

Macam aku sendiri pantang tengok drama korea baru, kena download ost dia.
Tapi masalahnya sepatah pun tak paham, setakat saranghae, pabo(babo?) tu tau la maksud hiks.
So, nak syok dengar, nak lebih menghayati kahkah, aku cari translation lyrics lagu tu.



Macam ni haaa - source




"Tak minat la kpop-kpop ni", "Kalau suka lagu melayu je macam mana?" 



Jangan risau. Jangan sedih, JANGAN! Sambil-sambil dengar lagu melayu tu cuba tukar lyrics lagu tu daripada melayu ke english. In Shaa Allah dapat menolong untuk kuasai english.


4. GUNA ENGLISH DALAM PERBUALAN SEHARIAN

Okay. Nak improve english ni kena la banyak praktik, kan? Cuba ya. Cuba dalam conversations korang sehari-hari tu selitkan sikit bahasa english.
Kalau malu nak speaking english dengan family, kawan kan ada hewhew.

Biarla diaorang nak pelik ke apa. Yang penting, cuba. Malu tolak tepi. Ajak kawan-kawan sekali borak dalam english. Mula-mula memang kelakar, malu tapi dah lama-lama jadi terbiasa.


Broken pun broken la hmmmm

5. JANGAN MALU

Yang ni la paling susah nak praktik kot hahahaha. Yelah, english ni bukan main language kita, kan? Jadi mesti ada antara kita yang malu-malu bila nak cuba berbahasa english.
Lebih-lebih lagi bila ada yang suka menegur bila salah, perli ke apa sebab katanya acah-acah speaking sampai kita rasa malu.


Tak apa, kalau ada yang tegur grammar kita salah ke apa; jangan mudah sentap. Walaupun teguran tu memalukan tapi pikir positif, dengan teguran dia tu, kita dapat improve english kita.
Yang jenis suka perli bila speaking english buat tak tahu je. Kalau asyik nak puaskan hati orang, layan perangai manusia yang tah apa-apa tu sampai bila pun tak habis, kan?


Yang penting kita usaha:)


Pesan dekat hati, "jangan malu, kena berani cuba".


Awww :)


Thank you for reading. Harap-harap entry ni dapat la membantu korang serba sedikit.


p/s: Dah tukar header baru sebab yang hari tu rasa semak sangat lol.






Bye.


27 comments :

  1. agree. setuju dengan semua tips di atas. :D
    BV punya english dah berkarat, banyak langgar grammar sukati je. hahahhaha
    nak kena asah balik nie :)
    yg penting jgn malu, sebab kita sentiasa belajar :3

    ReplyDelete
  2. saya selalu tengok youtubers mat mat salleh semua tu hahaha membantu lah jugak. nasib baik saya ada kawan yang jenis suka speaking jugak, so takde lah malu nak speaking dengan diaorang :)

    ReplyDelete
  3. saya nak cuba baca artikel bahasa inggeris di wattpad lah,terima kasih bagitau :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Agree! Tips yang sangat sangat membantu. Thank you for sharing! Follow blog ni hihi

    ReplyDelete
  6. Hahaha i love the last part! confident is sexy :D

    ReplyDelete
  7. part tengok movie/drama tu paling bekesan..study like in the heaven kot..nampak cam beronok2 tgk citer tapi at the same time kita learn sumthin..so great kan

    ReplyDelete
  8. Blogging or any form of writing using English is a good way to improve too

    ReplyDelete
  9. thankyou nina. sangat membantu! memang nak imrove english lagi lagi i amik muet tahun ni :D

    ReplyDelete
  10. baca! baca! baca! is what I always do.

    great tips, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  11. woah, good tips for students hee ^_^ have a nice day nina.

    lots of love,
    afifah.

    ReplyDelete
  12. tips yg kdrama tu mmg setuju hahaha lama2 nanti akn terbiasa jugak guna eng subs. nice tips!

    ReplyDelete
  13. english books memang mahal :') me cries lol tapi another option untuk baca would probably download it in pdf/epub form.

    thanks for the debook room, another website yang jual murah is bookxcess online XD

    ReplyDelete
  14. salam singgah. jom join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete
  15. Setuju utk semua di ats. :D nice nina.

    ReplyDelete
  16. tips nombor 1 tu memang salalu saya buat, kalau pakai substitle lain, poning kepala

    wattpad tu, first time saya dengar ;)

    ReplyDelete
  17. anak akak tengok kartun english kat youtube. skrg dia cakap english.. walaupun ayat mcm kartun

    ReplyDelete
  18. Nina!! ecah setuju part subtitle and baca novel english. couldn't agree more bcs my english improved lepas layan kdrama pfft

    ReplyDelete
  19. kita suka kdrama je. tapi memang kena belajar dari banyak sources sebenarnya hihi thank you teacher nina!

    ReplyDelete
  20. betul tu i agree with ur point 'baca' .. kebanyakan nya mmg malas nak membaca..termasuklah diri sy sendiri..heheh :D

    ReplyDelete
  21. Semua aku buat kecuali lagu kpop haha

    ReplyDelete
  22. Betul..kawan saya dia punya vocab bagus sangat..dia kata dia suka tengok movie and belajar melalui sub. ;)

    ReplyDelete