Thursday, 9 November 2017

REVIEW: ST. IVES OATMEAL SCRUB + MASK


Hi.


Dalam banyak-banyak skincare products yang aku guna, brand ST. Ives ni boleh kata antara yang paling aku suka.
Kualiti tip top tapi dijual dengan harga yang berpatutan, mampu milik kata orang gitew.




Antara product keluaran ST. Ives yang aku suka ialah OATMEAL SCRUB + MASK. What it claims? - Softens Skin & Smoothes Away Dryness.


Serious best sangat!


Aku biasanya guna buat scrub je. Malas nak guna sebagai mask, lagi pun mask aku banyak lagi yang tak guna.


Bau scrub ni wangi, macam manis-manis pun ada; tak reti nak cakap macam bau apa tapi yang penting wangi okay.
Dah la wangi, pastu bila pakai rasa sejuk kemain. Macam letak dalam peti ais, ke aku je rasa macam ni? hahaha tak kisah la yang penting aku suka!





Scrub + Mask ni agak cair sikit kalau nak bandingkan dengan scrub-scrub ST. Ives yang lain. Biasa macam pekat gitu kan, tapi yang ni tak.
Warna scrub ni putih dan bercampur dengan biji-biji warna coklat. Biji coklat tu kecik je kira just nice bila kau scrub muka kau.


Memula beli scrub ni sebab tengok ianya untuk dry skin. Hellooo, kalau untuk dry skin of course aku akan cepat-cepat beli. Lebih-lebih lagi bila datang dari brand yang aku dah guna lama macam ST. Ives ni.
Muka aku jenis yang kering teruk, senang sangat nak menggelupas nya duhh.






Bila pakai scrub ni, aku perasan kulit jadi lembut berbanding sebelum nya. Terus rasa macam woww, I is jatuh cinta! Bae sangat dah ni lol.


Biasa nya aku akan genyeh-genyeh scrub ni seluruh muka terutama nya dekat bahagian hidung tu kena banyak kan sikit sebab kat situ biasa nya kering melampau. Memang boleh kata kan, aku dapat rasa tahap kekeringan muka aku berkurang bila guna ni.


Seriously, sesiapa yang ada masalah kulit kering macam aku patut cuba ni. Bukan la cakap kulit korang dah tak kering terus lepas pakai scrub + mask ni, tapi ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan.


Sebelum ni pun aku pernah review ST. IVES GREEN TEA SCRUB. Boleh baca sini tau.


Thank you for reading.

Love, Nina.

Tuesday, 15 August 2017

A LITTLE BIT ABOUT EXFOLIATE


Hi!


Pernah dengar tak pasal exfoliate?


Rasa nya istilah exfoliate ni tak asing lagi dalam kalangan kita semua. Dah banyak orang post tentang ni. Boleh rujuk gambar kat bawah, benda ni simple je sebenarnya. Gigih okay edit nak bagi korang faham.






Okay untuk normal & combination skin, korang kena buat 3 kali seminggu manakala untuk sensitive skin korang buat sekali seminggu je.
Aku letak siap-siap hari apa nak exfoliate kat gambar sebab senang nanti boleh buat rujukan. Lagipun aku ni jenis selalu lupa bila nak buat, main redah ikut mood je T___T.



Exfoliate ni tak boleh buat selalu, maksudnya jangan pulak kau buat hari-hari tiap kali mandi pulak tu. Makin rosak kulit tu nanti :'(
Bila baca post lama pastu baru aku sedar dulu aku scrub muka ni tiap-tiap kali cuci muka perghh terus rasa nak nangis. Nasib baik tak sempat rosak muka.






Aku guna ST. Ives Green Tea Scrub je dari dulu lagi. Best sangat; bila guna rasa licin je muka. Yang Green Tea ni biji-biji dia tak sekasar yang apricot tu.
Boleh beli dekat Guardian atau Watsons


Dulu aku pernah post pasal ni, boleh baca sini, okay?


Exfoliate ni ada dua jenis, physical dan chemical. Yang scrub Green Tea ni masuk dalam kategori physical.
Penting okay exfoliate ni untuk buat kulit korang sihat dan cantik berseri gitew.



Setakat ni je untuk kali ni. Harap-harap post ni membantu korang. Thank you for reading.


Bye.


Monday, 10 July 2017

Keseronokan Bercuti ke Kuala Lumpur! - Berjaya Times Square


Hi!


Selamat Hari Raya!

Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.


Haa, bila dah habis beraya ni mestilah nak berjalan-berjalan, bersantai-santai pulak kan. Tapi memandangkan raya kali ni dah beraya sakan, buat beli baju raya, dengan belanja balik kampung lagi, bajet pun tak berapa nak mengizinkan, ataupun malas nak ke tempat yang jauh mestilah kita semua nak ke tempat yang dekat-dekat sahaja, ye idok?



Contohnya, Kuala Lumpur ataupun nama glamer nya KL, gittew. Siapa sini suka lepak KL? Kalau orang-orang sekitar KL atau Selangor mesti ada yang rasa dah bosan atau mungkin ada yang cakap, "hek eleh, KL je pun", mungkin jugak ada yang terus nak blah dari blog ni.



Hellooo, yang mana dok pikir macam tu, tolong la baca post ni sampai habis okay. Kalau tak, korang jugak yang rugi.



KL ni, ada banyak tempat yang menarik samada korang nak cari port untuk melepak saja ataupun bercuti sakan, semua ada. Complete. Bak kata orang, pakej all in one lah. Syok kan?
Sebelum nak cerita lebih panjang, nak tanya la sikit, ada ke yang belum pernah pegi Berjaya Times Square? Haa bagi yang belum, korang wajib baca ni, okay? Yang selalu pegi pun kena baca jugak tau!





Untuk pengetahuan korang, Berjaya Times Square Kuala Lumpur ni merupakan bangunan yang kelima terbesar di dunia dan sebuah pust membeli belah yang mengumpulkan lebih 1000 kedai di bawah satu bangunan. Haa, senang cerita, Berjaya Times Square ni shopping mall yang besar kemain, pusing-pusing banyak kali pun belum tentu lagi rasa bosan gittew.
Bangunan ni terletak di sisi Jalan Imbi dan berdekatan dengan tren RapidKL. Jadi, memang mudahlah untuk ke tempat sana dengan menggunakan pengangkutan awam.



Yang menariknya lagi, you guys can find great stay at Berjaya Times Square. Di mana kat atas pusat membeli-belah ni terdapat sebuah hotel 5 star dengan tawaran lebih 650 bilik, taman atas bumbung dan gelanggang skuasy. Kalau korang datang bercuti ke KL dan mencari penginapan, memang aku suggest kan korang untuk stay kat sini sebab memang terbaik weh!



Setanding dengan harganya, hotel ni memang eksklusif. Korang boleh menilai sendiri dengan melihat design di setiap sudut ruangannya. Design biliknya sangat menarik. Selain mempunyai ruangan yang luas, di setiap ruang-ruang di dalamnya dibahagikan dengan petition. Apa yang best lagi, toilet and shower mereka dipisahkan dengan satu pintu. Ia satu kelainan dan sangat memberi keselesaan kepada pengunjung kerana setiap ruangnya mempunyai singki sendiri.  




Bagi aku, memang sangat jarang la boleh jumpa design hotel macam ni. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik juga boleh dikatakan sangatlah memuaskan hati semua seperti TV, hair dryer, bar mini, peti besi dan banyak lagi.
Tambahan lagi, apa yang membuatkan aku sangat syorkan hotel ni untuk korang semua adalah kerana biliknya boleh dibiarkan on saja. Means, korang boleh tinggalkan bilik dalam keadaan switch atau aircond terbuka. Biar betul kan?!! Tapi ni la hakikatnya. Sempoi habis. 

Bila dah bercuti di hotel mestilah nak mandi swimming pool kan? Aku rasa korang pun akan terkejut juga kot kalau tengok swimming pool dorang kat sini. The pool was very spacious guys! Memang enjoy melampau lah lebih-lebih lagi bila ada anak-anak sekali. 






Selain tu jugak, bila stay dekat hotel ni, nak ke Taman Tema Berjaya atau pun lebih dikenali sebagai Cosmos World tersangatlahhhhhh mudah okay. Korang naik je lift lepas tu turun je ke bawah dah boleh sampai. Menangis dengar weh!
Dah tak payah susah-susah naik kereta atau pengakutan awam. Mudah dan senang. Jimat masa lagi tuuuuu. 
Cosmos World ni pulak terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian untuk kanak-kanak dan dewasa dan aktiviti kat sana memang adventure. Sesuailah untuk korang yang memang suka dengan adventurous activities.






Antara tarikan nya jugak ialah Pawagam Gold Screen dan pusat bowling iaitu Superbowl Ampang yang mana merupakan pusat bowling terbesar di KL ni dengan 48 lorong. Perghh! Hebat okay, hebat. 



Bab makanan pulak, *haa, yang ni aku tau ramai yang tertunggu-tunggu nak baca :p

dekat bangunan ni terdapat pelbagai jenis restoran dan kedai makan yang sedap-sedap. Dekat hotel pun korang akan dapat pakej breakfast sekali. Jadi, jangan terlepas untuk mencuba minuman kopi di sini sebab mereka ada kopi freshly  brewed yang mana kopinya dikisar segar dari biji kopi. Terbaik dari ladang gittew. Menu yang lain-lain tak  kurang jugak, ada nasi lemak, roti canai, air buah-buahan, waffle, dan banyak lagi. Memang enjoy! Terus je rasa lapar bila cerita pasal makanan ni. 



So, guys tunggu apa lagi?!

Jom lah ke Berjaya Times Square. Happy holiday! 


Bye. 


Wednesday, 7 June 2017

MY HERMO HAUL


Hi.


Kalau yang dah baca blog ni dari dulu, tahu lah perangai aku yang suka shopping online ni. Antara website kegemaran aku, mestilah Hermo.
Dua hari lepas buat payment, hari ni dah sampai. Suka betul sebab kejap je sampai. Servis pos laju sekarang pun kemain bagus. Best la kalau macam ni selalu, terus rasa nak beli lagi je hehe.



Simple box from Hermo and all products wrapped with bubble wrap. Terus rasa lega sebab barang susah nak rosak ke apa walaupun kotak hampir hancur lol.

What I bought:

Innisfree No Sebum Mineral Powder 5g


Sebenarnya nak beli yang emoji edition punya sebab comellll melampau. Tapi tak ada rezeki kali ni dah out of stock.
Memandangkan aku ni bukan la rajin sangat nak tunggu Hermo restock balik, maka beli la yang original version ni. Tak kuasa akak nak tunggu lelama meh.




Laneige Water Sleeping Mask 70ml


Paling lama dalam wishlist, sebab takut bila beli tak berbaloi dengan harga #dilemawanita betul. Tapi kali ni malas nak pikir dah terus beli je. Buat-buat pejam mata bila buat payment lol.


Ada spatula kecik. Nanti tak payah ambil dengan jari, kiranya kebersihan terjamin giteww.


Laneige Trial Kit;

Power Essential Skin Refiner
Balancing Emulsion Moisture
Watar Bank Essence_EX 


Beli ni disebabkan sekarang muka aku tengah tersangat la kering. Tahap kekeringan tu memang sampai pedih-pedih habis. Ugh.
Bila baca review, set yang ni elok for dry skin. Beli yang trial kit dulu, kang beli yang besar harga memahal tak kena dengan kulit menangis akak.


Elianto Nourish & Moisture Pomegranate Vita-Rich Gel 300ml


Yang ni paling suka! Mesti kena ada. Memula nak beli satu je sebab yang dekat rumah dah nak habis. Tapi Hermo tak jual satu satu. Ada yang triple pack sahaja. Macam biasa, kita guna konsep malas nak pikir panjang terus beli je wakaka.


Tapi yang ni serious best! Tak tipu okay.

Muka aku ni kan jenis kering lepas tu mudah la nak pedih-pedih kalau panas sikit. Tapi bila pakai ni pedih kejap plus sejuk-sejuk nyaman gitu lepas tu terus okay. Kira penyelamat jugak la ni.

Berbanding dengan yang Aloe Vera semua tu, yang ni lagi okay bagi aku.


YADAH Oh My Sun Screen SPF35


Lepas tu dapat sample sunscreen YADAH ni. Yang ni pun dah lama dalam wishlist, bila Hermo bagi ni dapat la try dulu best ke tak yayy.


Pengalaman korang dengan Hermo pulak macam mana? Share la dekat sini hehe.

Thank you for reading!


*Not a sponsored post



Friday, 3 March 2017

REVIEW: APRIL SKIN SNOW CUSHION (BLACK 2.O & PINK)


Hi.

Kalau sebut nama April Skin ni, rasa nya bukan asing lagi dalam kalangan kita semua. April Skin ni boleh kata salah satu brand yang semakin hari semakin meniti di bibir-bibir gegadis di negara ni ewahh.
Kali ni aku nak review dua April Skin Snow Cushion sekaligus; Black 2.0 dengan yang Pink punya. Tak kuasa nak buat banyak-banyak entry maka nya sumbat je la dalam satu entry wahahaha.


Yang Black 2.0 tu dah tak nampak tulisan April Skin sebab dah lama pakai. Lagi pun owner dia ganas huahua. Sedihnyaaaa. Mohon sesiapa sponsor yang baru plsss HAHAHA


Review dekat bawah ni based on my skin, kalau orang lain tak tahu la macam mana pulak effect dia. So, kena pandai-pandai pilih berdasarkan jenis kulit masing-masing, okay ?
Sebelum nak beli cushion April Skin ni kena rajin banding kan harga. Kalau pandai cari, dapat la dengan harga yang lagi murah, serious kena rajin sikit sebab ramai orang yang jual kemain mahal ish ish. Nanti rasa tak berbaloi padahal boleh beli dengan harga lagi murah.


Tapi kalau jumpa harga yang melampau murah, aku nasihatkan jangan beli. Jangan beli ye akak-akak sekalian sebabnya sekarang banyak yang tiruan.
Kalau tengok luaran memang sebijik dengan yang original tapi kita tak tahu apa effect dia dekat muka kita. Nanti tak pasal-pasal muka rosak habis nak pulihkan balik susah kemain.


Nak selamat boleh beli dekat HERMO ataupun ALTHEA. Dua-dua suka buat sale, harga jauh lebih murah dari tempat lain. Nak lagi jimat, tunggu la time ada sale, menangis tengok sebab 2, 3 kali ganda lagi murah berbanding tempat lain.


Sedar tak sedar banyak pulak dah membebel dekat atas ni T____T. Okay lah, aku teruskan review snow cushion ni satu persatu.


1. APRIL SKIN SNOW CUSHION BLACK (2016 NEW)


           
                                                     First time tengok terus jatuh cinta hikss.

Dalam banyak-banyak cushion, yang ni la aku paling sayang. Setiap pagi sebelum gerak pergi kerja mesti tempek dekat muka dulu. Pakai nipis-nipis pun dah rasa confident tak payah pakai tebal pun.


Serious cakap Snow Cushion Black 2.0  ni tersangat la best!!




Coverage dia memang terbaik weh. Seriously, tak tipu langsung. Kawan-kawan aku cakap kulit kemain lawa, senang cerita nampak flawless la (diaorang yang cakap, bukan aku yang puji diri sendiri HAHAHA). Diaorang siap cakap lagi muka aku nampak glowing gitteww.


Kan setengah brands kalau kita pakai nampak putih tapi muka jadi pelik tapi yang ni tak weh. Pakai sekali terus rasa muka lawa sangat, terus jatuh cinta dengan diri sendiri kehkeh.
Aku pakai code 22 which is Pink Beige. Biasanya kalau pakai ni memang dah tak pakai foundatioun ke apa dah. Cuma pakai Snow Cushion ni, concealer sikit, lipstick sikit tadaaa dah siap boleh gerak. Jimat masa, tak payah nak pakai makeup tebal-tebal tapi still nampak menawah ewahh.



                                                                  Sumber: HERMO


2. APRIL SKIN SNOW CUSHION PINK 




Yang ni dah beli lagi lama dari yang Black 2.0 tadi. Sebab beli ? Jujur sebab tergoda tengok comel je warna pink hahaha masa ni tengah gilakan warna pink tu yang terus beli. Lagipun kat dalam tu boleh pilih warna, ish lagi la kena beli :p


Ada 4 code; Purple, Beige, Pink & Green. Aku beli code 03 (Purple). Kena rajin google untuk memudahkan pilih code ikut kesesuaian kulit muka masing-masing.




Snow Cushion Pink ni aku jarang-jarang je pakai. Bila rasa nak nampak natural look gitu memang pilih yang ni. Sebab kalau pakai yang ni tak nampak sangat macam kita pakai makeup, coverage medium gitu. Tak best macam Black 2.0 tapi still okay.
Muka nampak berseri-seri macam muka orang-orang Korea. Tahu kan macam mana, macam berkilat-kilat sikit hahaha tapi nampak lawa la jugak.


Lupa nak mention, April Skin Snow Cushion ni bau dia wangiii! Suka sangat bau dia. Bila pakai rasa, rasa wangi je muka.


Setakat ni je lah. Thank you for reading, bye:)


Wednesday, 4 January 2017

HOW TO IMPROVE YOUR ENGLISH (NINA VERSION)


Hi.

Happy New Year, everyone!

Bagi setengah orang, english ni senang je. Tapi ada jugak yang rasa susah, kan ?

Tak apa, kali ni aku nak share macam mana nak improve english tapi versi Nina la. Simple je tapi harap-harap dapat tolong korang :)


1. ENGLISH SUBTITLES 

Please, please kalau nak cepat-cepat faham/kuasai english guna la subs english bila tengok movie ke drama ke. Jangan guna subs bm, indon or lain-lain. JANGAN!
Memula memang susah tapi kalau dah selalu buat kita pun jadi terbiasa. Bila jumpa je words yang tak faham/samar-samar terus lah rujuk dictionary. Secara tak langsung dapat belajar perkataan baru jugak yayyy.

Awww :) Diaorang pun cakap senang je english ni.

"Tak suka movie english?", "Kdrama di hati?" 


Uish jangan risau. Tengok kdrama pun boleh improve english. Guna la subs english jugak.


Reply 1994. Fav. kdrama ever kot sebab comel melampau.

Bila mak marah asyik tengok cerita je, cakapla "Tengah belajar english ni mak, sambil tunjuk subs english korang" hewhew terus gembira mak-mak melihat :p


Bila dah rasa power, slow-slow tengok movie tu tanpa subs pulak. Movie english la. Jangan buat perangai tengok drama korea tanpa subs pulak (lain la kalau memang nak belajar korea punya language).
Bila sampai part yang tak clear (terutama masa diaorang cakap laju), ulang la part tu banyak-banyak kali sampai faham jugak. Kalau still tak faham jugak, try masuk kan subs dan dengar balik. Mudah, kan?


Senang nya lahai nak belajar english ni; sambil layan movie/drama pun boleh.


2. BACA! BACA! & BACA!

Nak improve vocabulary kena lah rajin membaca. Lagi banyak baca, lagi banyak jumpa words baru. Beli la jugak novel english sistur-sistur sekalian, jangan asyik beli novel tipikal macam "Suamiku Romantis", "Isteriku Lemah Gemalai".
Kata nak improve english kan, tapi yang selalu beli/baca novel melayu. NO! NO!
Bukan nak marah baca novel melayu tapi jarang-jarang beli la novel english.


Kalau rasa tak mampu lagi nak faham novel english yang tebal-tebal tu, boleh start dengan buku cerita kanak-kanak yang dalam bahasa english. Sambil-sambil bacakan untuk adik ke, anak buah ke, anak sendiri ke, kita sendiri pun boleh belajar sekali yayy.  


Tips: Highlight kan part yang tak faham, bukak dictionary & cari definition. Tulis definition dia apa dekat sebelah words tu, lama-lama akan terhafal maksud dia dengan sendiri nya. 


"Susah nak dapat novel best seller dekat kedai?", "Bajet tak cukup?", "Novel/buku english mahal?" bla bla bla..

Ya, faham.


Novel yang popular, best-best ni kekadang tu bila kita cari kat kedai asyik takde. Ye lah nama pun best seller kan. Tapi jangan risau, sekarang zaman dah moden guna jari pun boleh gitteww. Tersangat la senang nak cari dan beli novel/buku english yang selalu habis kat kedai dengan harga yang berpatutan.

Contoh:

DEBOOK ROOM

Banyak pilihan, ada discount pulak tu wiwiwiwi.


Kalau malas nak bukak website dia pergi je insta Debookroom ni. Pilih-pilih mana yang berkenan terus whatsapp je. Mudah sesangat. 


Novel english ni biasanya mahal sikit (ke banyak?) di pasaran berbanding novel-novel tempatan. Tapi kalau dekat debookroom ni harga dia boleh tahan murah jugak la.
Kalau pandai cari, jumpa la insta-insta yang jual dengan harga yang lagi murah.
Buku/novel terpakai but in good condition so, why not kan?


Kalau still rasa "membazir la beli novel", "baik beli makanan", "baik menabung untuk masa depan", "duit dah habis buat shopping", "malas la nak bawak buku tebal-tebal" bla bla bla..


Tak apa. Jangan risau, Sekali lagi nak tekankan; "zaman dah moden/maju"


Baca la secara online. Sekarang ni banyak website, apps yang membolehkan kita membaca sekadar di hujung jari walau di mana-mana jua ewahh.


Contoh:

WATTPAD


Daftar lepas tu dah boleh pilih genre yang korang suka. Takde internet connection pun still boleh baca. Cuma masa pilih stories tu kena ada internet.

Genres yang korang boleh pilih dekat wattpad ni. 

See... Kemain mudah nak belajar/improve english. Jangan banyak alasan lagi dah :)


3. LYRICS 

Dengar lagu pun boleh belajar english? Uishh bestnyaaaaa!
Korang semua suka dengar lagu kan? Mesti dengar lagu english, kan? Sambil-sambil dengar tu perhatikan macam mana sebutan dia, ikut sekali. Kalau tak tau maksud, macam biasa bukak dictionary or senang-senang google je definition perkataan tu.


Adelewwww. -source

"Tak suka lagu english?", "Suka kpop je?"

Jangan risau.

Macam aku sendiri pantang tengok drama korea baru, kena download ost dia.
Tapi masalahnya sepatah pun tak paham, setakat saranghae, pabo(babo?) tu tau la maksud hiks.
So, nak syok dengar, nak lebih menghayati kahkah, aku cari translation lyrics lagu tu.



Macam ni haaa - source




"Tak minat la kpop-kpop ni", "Kalau suka lagu melayu je macam mana?" 



Jangan risau. Jangan sedih, JANGAN! Sambil-sambil dengar lagu melayu tu cuba tukar lyrics lagu tu daripada melayu ke english. In Shaa Allah dapat menolong untuk kuasai english.


4. GUNA ENGLISH DALAM PERBUALAN SEHARIAN

Okay. Nak improve english ni kena la banyak praktik, kan? Cuba ya. Cuba dalam conversations korang sehari-hari tu selitkan sikit bahasa english.
Kalau malu nak speaking english dengan family, kawan kan ada hewhew.

Biarla diaorang nak pelik ke apa. Yang penting, cuba. Malu tolak tepi. Ajak kawan-kawan sekali borak dalam english. Mula-mula memang kelakar, malu tapi dah lama-lama jadi terbiasa.


Broken pun broken la hmmmm

5. JANGAN MALU

Yang ni la paling susah nak praktik kot hahahaha. Yelah, english ni bukan main language kita, kan? Jadi mesti ada antara kita yang malu-malu bila nak cuba berbahasa english.
Lebih-lebih lagi bila ada yang suka menegur bila salah, perli ke apa sebab katanya acah-acah speaking sampai kita rasa malu.


Tak apa, kalau ada yang tegur grammar kita salah ke apa; jangan mudah sentap. Walaupun teguran tu memalukan tapi pikir positif, dengan teguran dia tu, kita dapat improve english kita.
Yang jenis suka perli bila speaking english buat tak tahu je. Kalau asyik nak puaskan hati orang, layan perangai manusia yang tah apa-apa tu sampai bila pun tak habis, kan?


Yang penting kita usaha:)


Pesan dekat hati, "jangan malu, kena berani cuba".


Awww :)


Thank you for reading. Harap-harap entry ni dapat la membantu korang serba sedikit.


p/s: Dah tukar header baru sebab yang hari tu rasa semak sangat lol.






Bye.