Friday, 30 December 2016

MY 2016 STORIES


Hi.

Kali ni datang semangat rajin nak buat throwback/flashback cerita tahun 2016 ni.
Lagipun hari ni dah 30 Dec dan tak lama dah lagi nak masuk tahun baru, so why not kan ?
Dengan harapan tua nanti bosan-bosan boleh baca balik :)


1. 20 ? 



Alhamdulillah, 2016 ni seorang nina ni dah genap 20 tahun. Dah masuk umur puluhan; dah takde belas-belasan lagi.
Perasaan ? Jujur nya takdak rasa perbezaan pun; sama je hahaha luls.
Dulu masa kecik-kecik selalu nak cepat-cepat besar, sekarang dah besar sumpah nak jadi budak balik. Aku rasa semua orang pun macam ni, kan ?



2. END OF DIPLOMA 



Yang ni pernah cerita dekat entry-entry lepas. Alhamdulillah, setelah 3 tahun berhempas pulas finally seorang nina ni dah habis diploma ! Yayy.
90% sebabnya Latihan Industri (practical) tak settle lagi. Doakan lah, semoga semuanya dipermudahkan.


Sepanjang 5 semester lepas, macam-macam jadi, tersangat la banyak pengalaman dapat. Jumpa 1001 perangai manusia; yang sumpah baik sangat sampai aku rasa nak nangis terharu, yang sentiasa teman aku nangis (tolong la paham, aku ni sejenis manusia yang mudah mengalirkan air mata haha), yang masih sanggup setia dan sanggup bersusah sesama semata mata nak tolong aku. Allahu.


Dan tak lupa jugak yang depan kemain baik tapi sanggup tikam belakang orang demi kepentingan diri sendiri HAHAHAHA.
Tapi semua ni pengalaman, bila pikir balik semua benda ni la yang buat aku lagi kuat dan semakin matang dalam membuat keputusan ewahh.


Pesan Mama, "Sabar la. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang". In shaa Allah :)



3. ADIK :'( 



Pada 28 November lepas, aku telah kehilangan adik lelaki tersayang akibat kemalangan jalan raya. Selama ni dok dengar/baca berita accident orang lain, tapi tak sangka kali ni benda ni jadi dekat keluarga kami sendiri.
Perasaan tu tak boleh nak cakap macam mana. Tiap masa rindu, sedih tapi nak buat macam mana, "Allah lebih sayangkan dia".


19 tahun Allah pinjamkan dia dalam hidup kami, tapi dalam sekelip mata je kami kehilangan dia. Sekarang hari dia pergi, hari kita belum tentu lagi; mungkin saja esok atau bila-bila masa je :'(
Bagi aku, dia sentiasa berada di tempat yang sangat teristimewa dalam hati aku.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aminn.


Banyak sebenarnya yang dah berlaku sepanjang tahun ni, tapi kalau nak cerita semuanya memang tak habis la. Secara keseluruhannya, tahun 2016 ni merupakan tahun yang agak baik bagi seorang nina ni (walaupun hujung-hujung tahun ni banyak betul dugaan datang), tapi masih lagi okay.
Semoga tahun 2017 kita semua nanti bertambah baik dari tahun-tahun sebelumnya.
In shaa Allah :)


Bye.

Tuesday, 27 December 2016

MY SKINCARE ROUTINE


Hi.

Everyone have their own skincare routine, right ? So kali ni nak share lah skincare routine aku. Tak banyak pun, semua ni boleh jumpa/beli dekat guardian and watsons dengan harga berpatutan yayy.






1. Cleanser

Eversoft Avocado & Rice Bran Oil (Extra Nourishing)

I'm totally in love with this! Bila pakai rasa segar je muka, rasa nak cuci muka tiap masa hewhew. Harga around RM 15. Dulu pakai Yadah, [baca sini] tapi memandangkan seorang nina ni mudah bosan, asyik tukar-tukar je. Bila dah jumpa Eversoft ni terus rasa nak setia dah, takmau lagi tukar yang lain.



2. Scrub

St. Ives Green Tea Scrub (Clears Blackheads & Calms Redness) 

Yang ni wajib ada ye anak-anak semua. WAJIB. Sangat-sangat la best. Muka aku ni jenis tersangat mudah merah, lebih-lebih lagi lepas tersalah pakai product dulu, tapi bila pakai scrub ni kurang sikit merah tu yayy. Anak beranak blackheads pun semua hilang wiwiwiwi. Boleh baca review dekat sini :)



3. Mask

} Avocado & Oatmeal Clay Mask // Cucumber Peel-off Mask

Dua dua mask ni dari brand Freeman. Tak tau kenapa memang suka sangat semua mask brand ni. Nak pakai pun senang. Bagi aku kalau beli yang sheet tu rugi sikit sebab boleh pakai sekali je, tapi kalau yang dalam tube macam ni untung sikit. Boleh pakai banyak-banyak kali :)

Kalau yang Avocado & Oatmeal tu dia warna hijau dan pekat. Bau dia boleh kuat bila pakai terus rasa menyampah lol tapi still okay la. Dah kering dekat muka, boleh basuh. Part nak basuh pun menyampah jugak sebab dia pekat sangat ergh.
Yang cucumber pulak, bau boleh tahan kuat jugak, tapi takde hal sebab bau cucumber je pun. Warna dia putih jernih, dah kering boleh slow-slow tarik, aku suka tarik kuat-kuat, seronok main benda alah ni.



4. Moisturizer

Elianto Pomegranate Vita-Rich Gel (Nourish & Moisture) 

Yang ni beli dekat Hermo masa sale. Tak beli yang Aloe Vera sebab yang tu dah biasa sangat pakai lol. Setakat ni pakai okay, bau pun wangi je. Biasanya memalam aku akan sejuk kan dalam peti ais dulu sebelum pakai, pastu tempek tebal-tebal dekat muka. Bangun pagi esoknya sila lah bertabah nak cuci muka, sebab benda alah ni akan jadi macam gam. Suka sangat pakai sebab rasa segar pastu muka lembut je awww.



5. Mist

Nano White Fresh Miracle Mist

Mist ni selalunya aku pakai lepas cuci muka, time bosan-bosan pun aku sembur gak kahkah. Sesuai untuk muka berminyak. Kulit aku jenis kering so bila pakai biasanya akan jadi lebih kering. Tapi musim-musim hujan ni, bila pakai takde la kering pun. Setakat ni pakai okay je.



Semua benda ni sebenarnya ikut kulit muka masing-masing. Ada yang bila pakai okay, ada yang bila pakai tak okay so kena pandai-pandai pilih jugak la.

Bye :)

Sunday, 18 December 2016

I'M BACK


Hi.

Rasa baru kejap tak update blog ni, tup tup tengok dah 4 bulan rupanya tak update entry baru :'(

Moga-moga seketul nina ni semakin rajin lah nak update blog selalu hiks.


Alhamdulillah, sem. 5. final exam dan yang paling penting final year dah habis yayy (padahal cerita dah basi hewhew).
Doakan nina tau, semoga dipermudahkan dan berjalan lancar semua. Sikit je lagi nak settle; in shaa Allah lepas tu dah boleh convo.


Sumpah 3 tahun buat diploma rasa kejap sangat-sangat.
Untuk yang baru nak sambung belajar, tak kira la umur korang berapa pun, sambung je belajar walaupun rasa dah lewat sangat pun. Serious, dalam belajar ni tak pernah ada istilah terlambat ke apa. Tiga tahun kejap je okay.


Yang mana cakap 'diploma je pun' memang betul-betul mintak penampor hahaha. Diploma ni la yang banyak ajar kami semua, buat kami semua stress, buat assignment sambil menangis hahahaha, down sampai rasa nak give up, jumpa macam-macam jenis manusia hiks.


Banyak sebenarnya nak share, tapi next entry la. Kang muntah pulak baca panjang-panjang hehe.


:)