Saturday, 30 July 2016

MOVIE REVIEW : THE SHALLOWS (2016)


Hi.

Hidup sehari-sehari aku sekarang pergi kelas, balik kelas, pergi kelas, balik kelas dan berterusan la macam ni pheww.
Tak sempat nak blogwalking ke apa, balik kelas dah petang macam nak pengsan dalam kepala pikir nak rehat je. Buat yang rajin singgah, follow blog ni, dok comment bagai, klik nuffnang sana sini hewhew thank you.


Kali ni nak review satu survival thriller movie yang bertajuk The Shallows. Bila google rupanya cerita ni dah lama keluar dekat New York dari bulan Jun lepas lagi, tapi dekat sini kalau tak silap aku baru beberapa hari je.



*maaf entry panjang tapi tak ada gambar; dah cuba masukkan banyak kali tapi tak jadi-jadi :(


Cerita ni mengisahkan Nancy Adams (Blake Lively) ; seorang medical student yang pergi travel ke sebuah pantai di Mexico. Nancy ni suka sangat meluncur pastu pantai yang dia pergi tu pun ada kenangan mak dia masa dulu-dulu, lagi la dia suka bila dapat pergi sana.


Nak dijadikan cerita, Nancy ni boleh tahan jugak la tak dengar kata. Padahal orang dah ajak balik still jugak nak meluncur lagi hish hish padahal sesorang dia je. Tak pasal-pasal bertembung dengan jerung kemain besar free-free lagi kena gigit dengan jerung tu dekat kaki.


Nasib baik si Nancy ni dapat selamatkan diri dari terus dibaham jerung tu. Tapi masalahnya sekarang dia terperangkap di kawasan jerung dan macam mana agaknya dia nak balik semula ke pantai.
Haa yang ni korang kena tengok sendiri baru la tahu dapat ke tak si Nancy ni selamatkan diri dia dan dapat tak dia keluar hidup-hidup dari situ.


Bagi aku movie ni okay je tapi aku tak suka huihuihui acano ni.
Sebab utama aku tak berapa nak gemar movie ni adalah sebab ada jerung haha. Serious aku takut tengok jerung pastu asyik nganga mulut nak makan orang je kerja.

Lagi rela tengok cerita hantu dari movie jerung ni. Dalam kepala asyik dok berjanji dengan diri sendiri TAK NAK dah tengok cerita pasal jerung bagai ni. Kemain lagi penakut haha.  


Tapi kawan-kawan aku dok cakap movie ni best, lagi best dari Lights Out. Pergi la tengok, mana la tau kot-kot kena dengan selera korang. Kalau yang tak suka darah ke, tak suka jerung macam aku awal-awal lagi aku nak nasihatkan better jangan tengok sebabnya movie ni memang pasal jerung pastu ada banyak darah. 


:)

Sunday, 24 July 2016

MOVIE REVIEW : LIGHTS OUT (2016)


Hi.




Aku ni dah lama tak tengok wayang sebenarnya. Tadi kemain bersemangat housemates dok mengajak tengok Lights Out ni so ikutkan je la.
Padahal movie dalam bahasa apa, pasal apa pun aku tak tahu. Tak sempat nak google bagai; kira redah je lah.
Yang aku tau, ni horror movie. Haruslah pergi aku ni dah la suka nau cerita hantu-hantu ni. 



Sebelum aku start cerita lebih lagi pasal movie ni, haa korang semua baca la dulu plot summary kat bawah ni;


“When her little brother, Martin, experiences the same events that once tested her sanity, Rebecca works to unlock the truth behind the terror, which brings her face to face with an entity that has an attachment to their mother, Sophie.” - sumber 



Dalam cerita ni, Rebecca dengan adik dia Martin (budak ni comel weh), nak selamatkan diri mereka serta mak mereka dari hantu yang asyik dok ganggu mereka sekeluarga.
Mereka jugak dibantu oleh boyfriend Rebecca yang aku lupa nama dia tapi yang aku tau laki tu boleh tahan kelakar gak. 



Hantu dalam cerita ni nama Diana, pastu ada hubung kait dengan mak mereka. Nak tau apa hubungan mereka berdua, tengok la sendiri. Kang nanti cerita lelebih spoiler pulak.
Nak dijadikan cerita Diana si hantu ni tak sukakan cahaya.
Kalau lampu terpadam ke, dalam keadaan gelap ke haa laju je muncul minah sorang ni.



Biasanya kalau dalam horror movie memana pun akan ada satu watak kanak-kanak yang kurang cerdik, kan. Tapi dalam movie ni watak yang tak berapa nak pandai pastu susahkan orang tak lain tak bukan mak Rebecca dengan Martin tu sendiri hewhew.


Kalau kau rasa Conjuring 2 tu takut, yang ni lagi la takut hahahaha. Serious masa aku tengok Conjuring 2 tak takut pun, dok terkejut-kejut biasa gitu je. Tapi bila tengok Lights Out ni stress pulak aku rasa sebab asyik hantu asyik nak keluar je.


Bagi aku movie ni boleh tahan best jugak la.
Cuma rasa kejap sangat sebab sejam setengah je pastu ending dia macam Conjuring 2 pun ada gak; hantu senang je nak mampos luls.



Dah tak tau nak merepek apa, setakat ni la dulu. Haa pegi la tengok Lights Out tu, letih tahu aku karang pepanjang ni. 


Bye :)

Friday, 15 July 2016

REVIEW: ST. IVES. GREEN TEA SCRUB


Hi.

Pernah tak muka kau dipenuhi dengan blackheads yang tak reti-reti nak hilang, sampai kau emo sendiri ?

Pernah tak muka kau merah-merah tak beragak sampai ramai orang tegur ? (biasa la, ramai orang yang terlampau prihatin ni hewhew).

Haa, kalau pernah korang semua kena beli/cuba St. Ives. Green Tea Scrub ni.





Biasanya aku dok guna scrub yang apricot tu je. Tapi memandangkan sejak akhir-akhir ni muka penuh blackheads *nangis bucu katil, beli je la yang green tea ni walaupun tak pernah cuba pakai pun.


Takpe la, usaha mana la tau kan. Nak buat cara tradisional pakai telur putih bagai tak mampu (lebih kepada malas sebenarnya).
Lagi pun rasa sayang pulak nak bazirkan telur. Masak lepastu makan sedap gak, tak gitu ?


Setiap kali cuci muka, aku gigihkan jugak genyeh-genyeh scrub green tea ni di seluruh muka.
Hasilnya, alhamdulillah pakai sehari je semua blackheads tu hilang terus!
Merah-merah dekat muka (next entry nanti aku cerita kenapa), pun tahan. Yayy.


Malas sembang panjang-panjang, bagi aku semua gegirls harus ada scrub ni. Muka pun lembut je, rasa macam baru lepas sapu kertas pasir hahaha.

Harga tak ingat tapi boleh beli dekat Watsons murah je.


St. Ives. Green Tea Scrub; 5/5



Wednesday, 13 July 2016

COACH HANDBAG MALAYSIA: GRAB YOURS NOW !

Hi.

“I know what women want. They want to be beautiful” – Valentino Garavani


Every woman wants to be great and beautiful all the time for their own satisfaction, right? I, as a woman myself totally agree with this because I know and understand that “I want to be fabulous” feeling.  


But, every beautiful women need awesome handbags with them by their side.  



One of the famous brand which offers stylish handbags for women is Coach and it provided the latest fashion trends to complete your days. Yayyy.
Came with intricate detailing design and high quality material, Coach is a must brand to grab by all of us.  



There are plenty of designs to fulfil and represent your styles that can be chosen from Coach and all of them have their own concept; so, it makes each of them unique and attractive in their own ways weheeee.



For the ladies who are still having no idea which handbags from Couch are a must-have, check out the designs below.


1. The Signature



: Suitable for all outfits, this signature bag which came with Coach logo design is the best choice ever for every occasion.
It looks classy, stylish and indirectly will boost the confidence level of the owner. So, why not, right? Say yessss to the signature.  



2. Simple Plain



: Simple plain designs are the totally must-purchase handbags because it can match with every style. It give a simple but gorgeous look at the same time to the owner which is great.

The good news with this Coach simple plain is it came from many colours that can be chosen. 
You can go for earth tone bags colours for a mature look or feminine and sweet with pastel handbags.  


3. Bright and Bold



: This bright and bold design will make your life more colourful and fun and indirectly will boost your mood.

Came with bright colours such as yellow and red it shows that you are a confident person, and will gain others respects.
Wearing this bag will also give you the right moment to shine and show off your outgoing personality.  


So, what are you waiting for? Go and grab your favourite Coach must-have designs bags now.



Sunday, 3 July 2016

REVIEW: YADAH BUBBLE DEEP CLEANSER


Hi.

Rasanya kalau sebut nama YADAH ni memang ramai je orang tahu; lagi pun YADAH ni memang dah terkenal lama dekat sini. Sebenarnya, YADAH ni berasal daripada Korea. Haa kalau rasa nak feeling-feeling nak dapat kulit gebu gebas macam orang Korea tu bolehla try YADAH ni :p


Dulu aku dok pakai YADAH Bubble Deep Cleanser ni. Beli sebab tergoda tengok packaging dia comel (perempuan, biasala haha). Lagi pun ramai yang cakap/review cleanser ni best.






Memula pakai skincare baru haruslah teruja ye akak-akak semua. Aku suka pakai cleanser ni sebab dia ada bau macam orange sikit-sikit (tetiba mengidam orange!! arghh).
Lagi pun, dia senang je nak bawak ke mana-mana kita pergi sebab dalam botol kan.
Nak pakai lagi la senang, picit-picit 1 2 3 lepas tu terus sapu dekat muka *orang pemalas macam aku memang pikir nak benda mudah je haha.


Bagi aku, YADAH cleanser ni biasa-biasa je. Takde la best sangat, takde jugak teruk ke apa. Masa aku pakai cleanser ni dulu, rasanya tak ada kesan pun dekat muka aku hahaha. Dia just mencuci/menyegarkan kulit, tapi okay la tu. 
Kalau kau tu sejenis manusia yang nak putihkan kulit ke apa, YADAH Bubble Deep Cleanser ni bukan jawapannya.



Bestttt sebab berbuih-buih  (nama pun bubble, tak berbuih boleh tampo la kot) rasa macam tengah main buih-buih sabun pulak hikss


Tapi kulit kita kan lain-lain so, tak salah kalau nak cuba. Manala tahu, bila kau pakai cleanser ni kulit kau jadi makin lawa, pastu makin halus mulus. Harga dia aku tak berapa ingat sangat (maybe around RM50, kot?). Sesetengah orang mungkin pikir benda ni mahal untuk sebotol 150ml; tapi jujur cleanser ni tahan lama okay!! Aku start pakai bulan 12 tahun lepas, sekarang still ada banyak lagi *nangis akak, jimat melampau ni.  


;YADAH Bubble Deep Cleanser 3.5/5