Tuesday, 27 December 2016

MY SKINCARE ROUTINE


Hi.

Everyone have their own skincare routine, right ? So kali ni nak share lah skincare routine aku. Tak banyak pun, semua ni boleh jumpa/beli dekat guardian and watsons dengan harga berpatutan yayy.






1. Cleanser

Eversoft Avocado & Rice Bran Oil (Extra Nourishing)

I'm totally in love with this! Bila pakai rasa segar je muka, rasa nak cuci muka tiap masa hewhew. Harga around RM 15. Dulu pakai Yadah, [baca sini] tapi memandangkan seorang nina ni mudah bosan, asyik tukar-tukar je. Bila dah jumpa Eversoft ni terus rasa nak setia dah, takmau lagi tukar yang lain.



2. Scrub

St. Ives Green Tea Scrub (Clears Blackheads & Calms Redness) 

Yang ni wajib ada ye anak-anak semua. WAJIB. Sangat-sangat la best. Muka aku ni jenis tersangat mudah merah, lebih-lebih lagi lepas tersalah pakai product dulu, tapi bila pakai scrub ni kurang sikit merah tu yayy. Anak beranak blackheads pun semua hilang wiwiwiwi. Boleh baca review dekat sini :)



3. Mask

} Avocado & Oatmeal Clay Mask // Cucumber Peel-off Mask

Dua dua mask ni dari brand Freeman. Tak tau kenapa memang suka sangat semua mask brand ni. Nak pakai pun senang. Bagi aku kalau beli yang sheet tu rugi sikit sebab boleh pakai sekali je, tapi kalau yang dalam tube macam ni untung sikit. Boleh pakai banyak-banyak kali :)

Kalau yang Avocado & Oatmeal tu dia warna hijau dan pekat. Bau dia boleh kuat bila pakai terus rasa menyampah lol tapi still okay la. Dah kering dekat muka, boleh basuh. Part nak basuh pun menyampah jugak sebab dia pekat sangat ergh.
Yang cucumber pulak, bau boleh tahan kuat jugak, tapi takde hal sebab bau cucumber je pun. Warna dia putih jernih, dah kering boleh slow-slow tarik, aku suka tarik kuat-kuat, seronok main benda alah ni.



4. Moisturizer

Elianto Pomegranate Vita-Rich Gel (Nourish & Moisture) 

Yang ni beli dekat Hermo masa sale. Tak beli yang Aloe Vera sebab yang tu dah biasa sangat pakai lol. Setakat ni pakai okay, bau pun wangi je. Biasanya memalam aku akan sejuk kan dalam peti ais dulu sebelum pakai, pastu tempek tebal-tebal dekat muka. Bangun pagi esoknya sila lah bertabah nak cuci muka, sebab benda alah ni akan jadi macam gam. Suka sangat pakai sebab rasa segar pastu muka lembut je awww.



5. Mist

Nano White Fresh Miracle Mist

Mist ni selalunya aku pakai lepas cuci muka, time bosan-bosan pun aku sembur gak kahkah. Sesuai untuk muka berminyak. Kulit aku jenis kering so bila pakai biasanya akan jadi lebih kering. Tapi musim-musim hujan ni, bila pakai takde la kering pun. Setakat ni pakai okay je.



Semua benda ni sebenarnya ikut kulit muka masing-masing. Ada yang bila pakai okay, ada yang bila pakai tak okay so kena pandai-pandai pilih jugak la.

Bye :)

5 comments :

  1. St Ives tu bagus ya ? boleh la try pasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. St. Ives biasanya memang okay dengan hampir semua orang kot hahaha
      boleh try yang apricot punya.
      tu pun bagus jugak

      Delete
  2. BV pun pakai freeman mask jugak. yg black sugar n charcoal. kalau habis nak try yg lain2 pulak. lama nak habis tu sebab banyak kan. :D
    yg blacksugar n charcoal tu boleh jadi scrub sekali XD

    ReplyDelete
  3. sy just prnh try yg nano white mist tu je,yg lain blum prnh try lagi sbb skrg tngah guna produk lain haha tapi nak jugak ah try yg peel off mask tu. hihi thank youu for this

    ReplyDelete
  4. aaaa nk beli mask freeman tuuu heeee <3 thank u nina for review :****

    ReplyDelete