Friday, 30 December 2016

MY 2016 STORIES


Hi.

Kali ni datang semangat rajin nak buat throwback/flashback cerita tahun 2016 ni.
Lagipun hari ni dah 30 Dec dan tak lama dah lagi nak masuk tahun baru, so why not kan ?
Dengan harapan tua nanti bosan-bosan boleh baca balik :)


1. 20 ? 



Alhamdulillah, 2016 ni seorang nina ni dah genap 20 tahun. Dah masuk umur puluhan; dah takde belas-belasan lagi.
Perasaan ? Jujur nya takdak rasa perbezaan pun; sama je hahaha luls.
Dulu masa kecik-kecik selalu nak cepat-cepat besar, sekarang dah besar sumpah nak jadi budak balik. Aku rasa semua orang pun macam ni, kan ?



2. END OF DIPLOMA 



Yang ni pernah cerita dekat entry-entry lepas. Alhamdulillah, setelah 3 tahun berhempas pulas finally seorang nina ni dah habis diploma ! Yayy.
90% sebabnya Latihan Industri (practical) tak settle lagi. Doakan lah, semoga semuanya dipermudahkan.


Sepanjang 5 semester lepas, macam-macam jadi, tersangat la banyak pengalaman dapat. Jumpa 1001 perangai manusia; yang sumpah baik sangat sampai aku rasa nak nangis terharu, yang sentiasa teman aku nangis (tolong la paham, aku ni sejenis manusia yang mudah mengalirkan air mata haha), yang masih sanggup setia dan sanggup bersusah sesama semata mata nak tolong aku. Allahu.


Dan tak lupa jugak yang depan kemain baik tapi sanggup tikam belakang orang demi kepentingan diri sendiri HAHAHAHA.
Tapi semua ni pengalaman, bila pikir balik semua benda ni la yang buat aku lagi kuat dan semakin matang dalam membuat keputusan ewahh.


Pesan Mama, "Sabar la. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang". In shaa Allah :)



3. ADIK :'( 



Pada 28 November lepas, aku telah kehilangan adik lelaki tersayang akibat kemalangan jalan raya. Selama ni dok dengar/baca berita accident orang lain, tapi tak sangka kali ni benda ni jadi dekat keluarga kami sendiri.
Perasaan tu tak boleh nak cakap macam mana. Tiap masa rindu, sedih tapi nak buat macam mana, "Allah lebih sayangkan dia".


19 tahun Allah pinjamkan dia dalam hidup kami, tapi dalam sekelip mata je kami kehilangan dia. Sekarang hari dia pergi, hari kita belum tentu lagi; mungkin saja esok atau bila-bila masa je :'(
Bagi aku, dia sentiasa berada di tempat yang sangat teristimewa dalam hati aku.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aminn.


Banyak sebenarnya yang dah berlaku sepanjang tahun ni, tapi kalau nak cerita semuanya memang tak habis la. Secara keseluruhannya, tahun 2016 ni merupakan tahun yang agak baik bagi seorang nina ni (walaupun hujung-hujung tahun ni banyak betul dugaan datang), tapi masih lagi okay.
Semoga tahun 2017 kita semua nanti bertambah baik dari tahun-tahun sebelumnya.
In shaa Allah :)


Bye.

6 comments :

  1. Congrats sebab dah nak grad and I'm sorry for your lost..Couldn't imagine if I face any.. Insya-Allah tahun akan datang lebih baik dari sebelumnya..

    ReplyDelete
  2. betul tu, tetiba nak jadi kecik balik T^T
    congrats for your graduation!! and sorry for your lost, may ALLAH grants him jannah.

    have a good new year ya nina :)

    ReplyDelete
  3. yang tabah yaa:) , btw sama banget rasanya kayak aku , aku juga sudah 20 thn rasanya nak sangat balik lagi waktu kecik hahaha umur dah makin tue dah tak remaje lagi, salam kenal ya singgah balik dan follow back , thank you :)

    anywayplease watching my video https://www.youtube.com/watch?v=DepsJ0G3Fhc dont forget like comment and subscribe , thank you :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dh abes diploma..

    alfatihah utk arwah adik..

    ReplyDelete
  5. takziah nina . semoga Arwah berada di tempat yang baik-baik bersama orang yang beriman . stay strong nina and family .

    ReplyDelete