Sunday, 3 July 2016

REVIEW: YADAH BUBBLE DEEP CLEANSER


Hi.

Rasanya kalau sebut nama YADAH ni memang ramai je orang tahu; lagi pun YADAH ni memang dah terkenal lama dekat sini. Sebenarnya, YADAH ni berasal daripada Korea. Haa kalau rasa nak feeling-feeling nak dapat kulit gebu gebas macam orang Korea tu bolehla try YADAH ni :p


Dulu aku dok pakai YADAH Bubble Deep Cleanser ni. Beli sebab tergoda tengok packaging dia comel (perempuan, biasala haha). Lagi pun ramai yang cakap/review cleanser ni best.






Memula pakai skincare baru haruslah teruja ye akak-akak semua. Aku suka pakai cleanser ni sebab dia ada bau macam orange sikit-sikit (tetiba mengidam orange!! arghh).
Lagi pun, dia senang je nak bawak ke mana-mana kita pergi sebab dalam botol kan.
Nak pakai lagi la senang, picit-picit 1 2 3 lepas tu terus sapu dekat muka *orang pemalas macam aku memang pikir nak benda mudah je haha.


Bagi aku, YADAH cleanser ni biasa-biasa je. Takde la best sangat, takde jugak teruk ke apa. Masa aku pakai cleanser ni dulu, rasanya tak ada kesan pun dekat muka aku hahaha. Dia just mencuci/menyegarkan kulit, tapi okay la tu. 
Kalau kau tu sejenis manusia yang nak putihkan kulit ke apa, YADAH Bubble Deep Cleanser ni bukan jawapannya.



Bestttt sebab berbuih-buih  (nama pun bubble, tak berbuih boleh tampo la kot) rasa macam tengah main buih-buih sabun pulak hikss


Tapi kulit kita kan lain-lain so, tak salah kalau nak cuba. Manala tahu, bila kau pakai cleanser ni kulit kau jadi makin lawa, pastu makin halus mulus. Harga dia aku tak berapa ingat sangat (maybe around RM50, kot?). Sesetengah orang mungkin pikir benda ni mahal untuk sebotol 150ml; tapi jujur cleanser ni tahan lama okay!! Aku start pakai bulan 12 tahun lepas, sekarang still ada banyak lagi *nangis akak, jimat melampau ni.  


;YADAH Bubble Deep Cleanser 3.5/5


14 comments :

  1. fieyqa pun tengah pakai yadah sekarang. baru je try hehe nanti boleh review :)

    ReplyDelete
  2. awak pakai YADAH ke? patutlah saya rasa saYADAHsuka kat awak.
    cia cia cia~

    ReplyDelete
  3. awak pakai YADAH? YADAH ni cerahkan kulit? patutlah saYADAH jumpa jalan ke hati awak.terang laluannya HAHAHAHA kbai.

    ReplyDelete
  4. haritu ada jugak dok tgk kat hermo.my tapi blum rasa nak beli lagi hahaha

    ReplyDelete
  5. dh lama usha yadah ni. nampak mcm best :D

    ReplyDelete
  6. amboi, ninaa punya cleanser tahan sampai 7 bulan gittew! pasni boleh try lah kot. sbb hazy pun bukan kulit sensitive. just nak cleanser utk bersihkan muka je (taknak putih pun) huhuhu

    ReplyDelete
  7. belum cuba lagi YADAH ni. hmm.. nanti nak pergi cari

    ReplyDelete
  8. cam besttt je katne nak dapat ni ekkk ekk

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah pakai gak yadah ni. Masa tu kulit teruk gila, sunburn baru balik kem dengan minyak bagai pastu pakai yadah ni, tak bagi kesan langsung T.T Tak sesuai dengan kulit bermasalah kot.

    ReplyDelete
  10. wahhhh kiranya bagus untuk kulit yg takdak apa2 masalah ke nie? macam best je :)

    ReplyDelete
  11. wow lama nya tahannn!!!! comel lak tu T_T

    ReplyDelete
  12. First time dengar YADAH ni.

    ReplyDelete