Saturday, 9 July 2016

RAYA: EDISI 2016


Hi.
Selamat Hari Raya.


Raya keempat baru sempat check blog balik, aku ni biasa la kalau dah raya phone hilang tah kemana, laptop lagi la malas la nak on. Musykil gak aku bila tengok blog-blog orang lain. Penuh jugak dok update walaupun time raya ni; “tak beraya ke mereka-mereka ni sampai tiap masa boleh update blog hmmm” detik hati aku lol.



Raya aku macam tahun-tahun sudah; tak banyak beza pun. Cuma raya ni aliran duit raya macam tak berapa laju sangat, mungkin disebabkan faktor usia (ke sebab muka aku tua sangat ? T____T). Tahun ni baju raya sempat jahit sepasang je. Haritu dok kalut-kalut final, last-last tak sempat beli kain nak jahit so, beraya la pakai baju lama hewhew. 
  


Kalau dulu aku rasa aku la makhluk paling teruja dekat rumah aku. Ye lah, bila raya kan penuh filem-filem baru dekat tv. Gila kau tak teruja! Kemain siap hafal lagi jadual, hari raya pertama cerita apa, raya kedua cerita apa, sampai la habis raya. Gigih betul haha.
Tapi tu dulu la, sekarang tak banyak dah. Yang ada drama-drama melayu yang ditukar jadi versi raya. Hmm kalau boleh semua drama nak buat versi raya, orang macam aku yang tak berapa layan sangat drama ni nak tengok apa oii ?? kkkk * i is emo.



Entry kali ni takdak gambar, nak buat macam mana semangat sangat dok beraya sampai lupa nak ambik gambar kehkeh. Nanti malam-malam sikit sampailah aku dekat blog korang: nak lagi cepat tinggal je url blog tu dekat comment box, senang sikit.




SELAMAT HARI RAYA SEMUA J

9 comments :

  1. tu lah pasal. semua drama nak ada raya version. plot cerita tk boleh nk cliche lagi ke haha

    ReplyDelete
  2. haha bosan semua cerita belakang tu mesti nak ada raya"cinta si wedding planner raya" lah apalah xD
    selamat hari raya btw!

    ReplyDelete
  3. ninangg setuju! Movie kalini semua kemain moden. Dulu duk tayang cerita lama2,cerita hantu, macam2 lagi lah. itu lah yang best even dah berpuluh kali tgk. Haha. skrg tv pun tak pandang dah. btw, selamat hari raya maaf zahir batin! :D

    ReplyDelete
  4. duit raya tu memang berkurang la. penurunan mendadak bagi saya. tapi tema raya ni syukur selalu so alhamdulillahhh *tadah tangan*

    ReplyDelete
  5. setuju sangat part movie raya tu. hahahhaa
    BV pun ada sepasang je baju raya tahun nie. alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  6. haha samalah, dah besar even masih belajar pun tapi still duit raya pun kurang mengalir juga, hiks :P .
    Selamat Hhari Raya =D

    ReplyDelete
  7. so sad. kenapa umur macam kita ni tak dapat duit raya sangat

    ReplyDelete
  8. Raya akak tahun ni pun tak berapa nak meriah.

    ReplyDelete