Saturday, 30 July 2016

MOVIE REVIEW : THE SHALLOWS (2016)


Hi.

Hidup sehari-sehari aku sekarang pergi kelas, balik kelas, pergi kelas, balik kelas dan berterusan la macam ni pheww.
Tak sempat nak blogwalking ke apa, balik kelas dah petang macam nak pengsan dalam kepala pikir nak rehat je. Buat yang rajin singgah, follow blog ni, dok comment bagai, klik nuffnang sana sini hewhew thank you.


Kali ni nak review satu survival thriller movie yang bertajuk The Shallows. Bila google rupanya cerita ni dah lama keluar dekat New York dari bulan Jun lepas lagi, tapi dekat sini kalau tak silap aku baru beberapa hari je.



*maaf entry panjang tapi tak ada gambar; dah cuba masukkan banyak kali tapi tak jadi-jadi :(


Cerita ni mengisahkan Nancy Adams (Blake Lively) ; seorang medical student yang pergi travel ke sebuah pantai di Mexico. Nancy ni suka sangat meluncur pastu pantai yang dia pergi tu pun ada kenangan mak dia masa dulu-dulu, lagi la dia suka bila dapat pergi sana.


Nak dijadikan cerita, Nancy ni boleh tahan jugak la tak dengar kata. Padahal orang dah ajak balik still jugak nak meluncur lagi hish hish padahal sesorang dia je. Tak pasal-pasal bertembung dengan jerung kemain besar free-free lagi kena gigit dengan jerung tu dekat kaki.


Nasib baik si Nancy ni dapat selamatkan diri dari terus dibaham jerung tu. Tapi masalahnya sekarang dia terperangkap di kawasan jerung dan macam mana agaknya dia nak balik semula ke pantai.
Haa yang ni korang kena tengok sendiri baru la tahu dapat ke tak si Nancy ni selamatkan diri dia dan dapat tak dia keluar hidup-hidup dari situ.


Bagi aku movie ni okay je tapi aku tak suka huihuihui acano ni.
Sebab utama aku tak berapa nak gemar movie ni adalah sebab ada jerung haha. Serious aku takut tengok jerung pastu asyik nganga mulut nak makan orang je kerja.

Lagi rela tengok cerita hantu dari movie jerung ni. Dalam kepala asyik dok berjanji dengan diri sendiri TAK NAK dah tengok cerita pasal jerung bagai ni. Kemain lagi penakut haha.  


Tapi kawan-kawan aku dok cakap movie ni best, lagi best dari Lights Out. Pergi la tengok, mana la tau kot-kot kena dengan selera korang. Kalau yang tak suka darah ke, tak suka jerung macam aku awal-awal lagi aku nak nasihatkan better jangan tengok sebabnya movie ni memang pasal jerung pastu ada banyak darah. 


:)

6 comments :

  1. macam seram je nie T^T
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hi nina ! :D
    Kak moi kalau tgk wayang takkan tengok cerita hantu haha. Jerung pun tak ahaahaha.

    ReplyDelete
  3. agak mendebarkan la juga movie ni hee
    follow sini #463
    follow back and keep in touch :D

    ReplyDelete
  4. Oh cerita ni 2016 ke? hahah igt dah lama. Ain bru tgok hritu. Bestttttt even mcm slow sikit sebab dia satu tempat je kan. Tapi fuhhh jerit2 tgok. hehe

    ReplyDelete