Sunday, 24 July 2016

MOVIE REVIEW : LIGHTS OUT (2016)


Hi.




Aku ni dah lama tak tengok wayang sebenarnya. Tadi kemain bersemangat housemates dok mengajak tengok Lights Out ni so ikutkan je la.
Padahal movie dalam bahasa apa, pasal apa pun aku tak tahu. Tak sempat nak google bagai; kira redah je lah.
Yang aku tau, ni horror movie. Haruslah pergi aku ni dah la suka nau cerita hantu-hantu ni. 



Sebelum aku start cerita lebih lagi pasal movie ni, haa korang semua baca la dulu plot summary kat bawah ni;


“When her little brother, Martin, experiences the same events that once tested her sanity, Rebecca works to unlock the truth behind the terror, which brings her face to face with an entity that has an attachment to their mother, Sophie.” - sumber 



Dalam cerita ni, Rebecca dengan adik dia Martin (budak ni comel weh), nak selamatkan diri mereka serta mak mereka dari hantu yang asyik dok ganggu mereka sekeluarga.
Mereka jugak dibantu oleh boyfriend Rebecca yang aku lupa nama dia tapi yang aku tau laki tu boleh tahan kelakar gak. 



Hantu dalam cerita ni nama Diana, pastu ada hubung kait dengan mak mereka. Nak tau apa hubungan mereka berdua, tengok la sendiri. Kang nanti cerita lelebih spoiler pulak.
Nak dijadikan cerita Diana si hantu ni tak sukakan cahaya.
Kalau lampu terpadam ke, dalam keadaan gelap ke haa laju je muncul minah sorang ni.



Biasanya kalau dalam horror movie memana pun akan ada satu watak kanak-kanak yang kurang cerdik, kan. Tapi dalam movie ni watak yang tak berapa nak pandai pastu susahkan orang tak lain tak bukan mak Rebecca dengan Martin tu sendiri hewhew.


Kalau kau rasa Conjuring 2 tu takut, yang ni lagi la takut hahahaha. Serious masa aku tengok Conjuring 2 tak takut pun, dok terkejut-kejut biasa gitu je. Tapi bila tengok Lights Out ni stress pulak aku rasa sebab asyik hantu asyik nak keluar je.


Bagi aku movie ni boleh tahan best jugak la.
Cuma rasa kejap sangat sebab sejam setengah je pastu ending dia macam Conjuring 2 pun ada gak; hantu senang je nak mampos luls.



Dah tak tau nak merepek apa, setakat ni la dulu. Haa pegi la tengok Lights Out tu, letih tahu aku karang pepanjang ni. 


Bye :)

10 comments :

  1. Dah lama tak pergi tengok horror movies,. Hari tu keluar tak nampak pula Lights Out ni dekat mana mana cinema

    ReplyDelete
  2. seram sangat ke? teringin pulak nak tgk >.<

    ReplyDelete
  3. lagi takut? perghhhh conjuring 2 pun dh menjerit je kerja hahaha

    ReplyDelete
  4. ada pergi wayang tapi tgk cite Star Trek Into Darkness
    x minat tgk cite antu2 nie hu3

    ReplyDelete
  5. hahaha fieyqa tgk conjuring 2 boring je, last2 baru nk klimaks.. tu pun mcm nina ckp lah, hantu cpt je mampus. senang sgt. hahaha. yg ni nk donwload jelah nanti hahaha

    ReplyDelete
  6. omg qila dh tengok best gilaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. I screamed while watching the trailer. Just the trailer. It's so creepy.

    ReplyDelete
  8. Ramai jg yang suggest tgk movie nie tp risau tak berbaloi but kalau dh seram sgt tu rasa excited pula nak tgk haahaa .. tq for the info :D

    ReplyDelete
  9. Mcm best je..ye stuju bab conjuring 2 tu..xmenakutkan banyak terkejut2 je..hehe

    ReplyDelete