Thursday, 24 December 2015

Questions from F & F


Assalamualaikum :)

& salam petang Khamis gais :)

Kali ni nak jawab soalan soalan dari Farzana & Fadh. Thanks sebab sudi tag blog yang tak seberapa ni.



1. " Anda suka blogging tak ? Kenapa ? "

- Gilaaaaaa tak suka kekeke. of course la suka sebab dapat jumpa/kenal ramai blogger hebat hebat pastu dapat kongsi cerita dengan orang lain walaupun mostly cerita nina merepek je lebih T___T.
Lagi pun nina memang suka menulis ( dalam entry ni ada cerita ), so blogging ni lebih kurang lepas gian nak menulis la :p




2. " Pendapat tentang orang yang mintak follow back, tapi dia tak follow pun blog awak ? "

- Tak kisah. kot. Ntah HAHAHAHA. nina mengaku kalau dulu awal awal blogging memang gilakan followers. Niat memang salah dari awal aipp aipp.. Tapi sekarang dah tak peduli dah benda gini. " Kiranya kalau kau nak, kau follow ; kalau tanak follow takpe. Tak nak paksa paksa, kang tak ikhlas pulak giteww ".




3. " Hadiah yang di idamkan ? "

- Calon suami maybe ? Kahkahkah okay melawak. Buat masa ni takde kot. nina perasan gak bila kita makin tua ni, ( makin tua okay HAHAHAHA ) macam tak nak pape sangat pun ; yang penting orang sekeliling nina happy. tapi kalau ada yang ada nak bagi maybe books la kot. bcs nina hantu buku luls.




4. " Pandangan tentang blog Farzana "






- Simple. tapi still kemas. Tak semak sebab takdak widget widget sangat. so, basically semua okay je bagi nina :)




5. " Website yang jual beauty product ? "

- Hermo. bcs Hermo memang terbaik bagi nina la, kalau orang lain tak tau la hehehe. boleh baca lebih lagi dekat sini, okay ?




6. " Haiwan yang ditakuti ? "

- Monyet. Seriously, dulu tak pernah pikir pun akan takut dengan monyet ni. alahhh monyet je pun, takdak hal la, hmmm kemain. Sekali kena kejar, gelabah tak ingat dunia gak hahaha. tapi takut takut pun bagi nina monyet ni comel tau ( idk why maybe senyuman dia tu kot menggoda kekeke ).




awwww, tergoda iolss :p



7. " Suka bergambar tak ? "

- Tak suka. bcs nina selalu nampak pelik dalam gambar hahaha. tapi bila dah datang mood bergambar 10 keping gambar pun tak cukup luls.




8. " Describe diri korang. "

- Simple, yang pasti tak hipster langsung. Kalau boleh pegi mall pun pakai selipar jepun kekeke. Tak suka tempat bising/ramai orang sebab nanti mudah rimas. Paling penting awkward hahaha, tapi bila dah selesa dengan seseorang memang boleh bercakap tanpa berhenti henti.




9. " Sejarah wujudnya blog "

- Blog ni dibuat masa sekolah dulu. Time tu tak pikir panjang, nak glemer je haha. So, dalam kepala dok pikir kalau kau ada blog, kau famous la nanti. dasar hingusan betul. Maka terhasil la blog ni.




10. " Komen tentang blog Fadh. "






- Background biru lembut berombak rindu membuatkan sejuk mata memandang ecewahh. Pastu header simple tapi lawa. Blog pun kemas rapi je.



* sebenarnya ni aku gabungkan soalan dari Farzana dengan Fadh. sorry korang bcs tak dapat nak jawab semua :'(

btw jemput join segmen review aku ni tau.

Bye :)

Wednesday, 23 December 2015

Segmen Review by Nina



Assalamualaikum :)


Kali ni nak buat segmen review blog; nak buat yang gempak gempak takut tak sempat nak pos kan hadiah sebab sem baru dah tak lama.


Segmen ni memang random sebab nina ni memang sejenis makhluk yang sesuka hati dia je HAHAHA.






Okay, segmen ni simple je. Korang tak payah susah susah nak buat entry baru tentang segmen ni. Hanya perlu jawab dengan seikhlas mungkin di comment gittew.


Cara-cara :


1. Describe korang punya blog in 3 words.

2. Nyatakan sebab kenapa blog korang patut di review.




Segmen ini akan berakhir bila aku umumkan tutup yakni sesuka hati aku kekeke. Sebagai hadiah, blog pemenang akan di review dan dimasukkan dalam bloglist blog ni.


Agak-agak ada tak yang nak join ?


Bye :)

Tuesday, 15 December 2015

14 December


Assalamualaikum.

Salam pagi Selasa gais.

Sejak cuti lama ni hari pun dah tak berapa nak ingat hari apa, teruk betul nina sorang ni haishh.



Semalam result sem 3 lepas dah keluar sebab tu kemain letak tajuk 14 December tu senang nanti next sem nak tengok balik. Rasa muda belia seawal 15 tahun bila result keluar seiring sejalan dengan adik adik PT3 ni kahkah.



Tahniah yang bagi dapat result gempak tu. Bagi yang result biasa biasa tu jangan sedih, perjuangan korang masih panjang lagi. Spm nanti tebus balik, okay ? *Akak nina ni pun dulu result cukup cukup makan je dik hahaha.



Okay sambung balik cerita result aku. Sebenarnya tunggu dari hari sebelum nya lagi bila la result ni nak keluar kan. Nervous tu tak payah cerita la, nak berdiri pun tak berapa stabil dah sebab takut. Okay takpe, tengok gegar vaganza akhir dulu (*padahal tak pernah pernah tengok luls ) sebab tak nak bagi nervous sangat.



Tunggu punya tunggu tak keluar keluar maybe pagi esok la kot so, takpe la pegi tido dulu. Lepas semayang subuh esok tu terus check wehh gelojoh gila hahaha.
Jujur sem lepas ni aku memang tak confident langsung.  Sebab ada satu subjek ni aku memang susah nak mateyyyy pastu macam yang aku mention dalam entry ni, aku selalu buat assignment subject ni sambil menangis luls.








Doa memang tak berenti la. Memang dalam hati pikir " kalau dapat lulus subjek tu memang aku syukur dah, asal tak kena repeat je ". Kekonon pasrah gila dah la ni padahal memang nak nangis gila hahaha.



Bila check result terus focus dekat subjek tu, pastu tengok B fuhhh alhamdulillah. Pointer pun okay je, tapi drop sikit la sob sob. Terkilan sebab sikit lagi nak dapat dekan macam aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sem ni tak dapat dekan why why why luls :'(


Takpe ni pun dah syukur sesangat, Next sem pulun kuat lagi, okay nina ?


Bye :)


Friday, 11 December 2015

Godaan Zalora & Hermo



Assalamualaikum.

Hai gais,

Dekat hujung tahun ni macam biasa la, bersepah sale seolah olah tiada lagi hari esok *tetiba puitis . Yang paling best dekat Zalora dengan Hermo pun tengah sale teruk wehhhh.






Sale dekat Zalora ni  bermula dari 9/12 hingga 12/12 je oii. Esok dah last, omo omo kalau tak sempat kan menyesal tak sudah.







Port kegemaran aku, yakni bahagian beg. Nina dengan beg ni memang berpisah tiada. Kawan kawan rapat aku memang tau la perangai gila beg aku ni.


Semalam dah janji dekat diri sendiri, tak nak beli pun. " Sekadar cuci mata apa salah nya ", bisik hati nina kepada diri nya. Tup tup terbeli gak beg satu dekat Zalora ni, syaiton betul la hahaha.






" Tak apa beli beg ni, ada guna jugak nanti boleh bawak pegi kelas ", kata nina sekadar menyedapkan diri sendiri yang telah kalah oleh godaan Zalora luls.


Tapi bagi aku berbaloi gak la beli beg seketul ni, dah la ada discount pastu kebetulan aku ada promo code less 15% jadi la makin murah beg ni giteww. Maka bolehlah akak nina ni tersenyum lebar balik kuikui.





Hermo ni pulak aku kenal masa #mycybersale hari tu. Satu benda yang aku perasan tentang hermo ni, diorang ni suka betul buat sale. Kekadang takdak musim apa pun tup tup tengok ada sale perghh.




Yang seronok nya shopping dekat hermo ni  bagi aku ; diorang ni buat kerja laju. Hari ni kau email dia, settle bayar, kau tunggu dalam beberapa hari kejap je sampai. Pastu diorang ni layan pelanggan baik je.





Hari tu aku beli Yadah Bubble Deep Cleanser ni dengan mask dia. Kalau tak silap aku harga aku beli benda alah ni masa tu murah sikit dari harga ni.


Tapi harga ni pun dah kira murah weh. Dari harga RM55 jadi RM35, mana lagi nak dapat gini kan. Dekat Hermo ni kau beli lebih dari 1 item, dapat free postage, pastu dapat lagi free item untuk pembelian pertama omo omooo.



Motif sebenar post kali ni sebenarnya nak hasut korang semua pergi serbu Zalora dengan Hermo ni. Tak aci la aku sorang je terjebak, kalau boleh nak semua tergoda kahkahkah. Rugi weh sale banyak gini kau buat tak tau je *hasut lagi luls.


Haa tunggu apa lagi ? Dah dah pergi serbu cepat.



* Mintak maaf bebanyak yang letak blog ni dekat bloglist korang sebab aku tukar url blog baru padahal baru je tukar kan ; url yang hari tu terlampau panjang, yang ni senang sikit nak ingat pendek je  >_<



Bye :)