Thursday, 19 November 2015

Nina dan English



Assalamualaikum :)


Bila orang tanya course apa dan aku jawab English Communication.


1.        " Hek eleh senang je English ni, budak kecik pun pandai la. Kau tak rasa buang masa ke ambik course ni  ? "



-Duhh dalam banyak banyak soalan yang ni la bagi aku paling keji, paling menyirap, paling mintak kaki --'.
Alhamdulillah la sepanjang aku dok belajar 3 sem ni takde pulak rasa buang masa; banyak je dapat ilmu. Bagi aku ilmu ni luas, selagi boleh belajar kita belajar tak kisah la kalau benda tu budak kecik pun pandai. Paham ?



Kau ingat senang ke course ni ?? TAK. Aku selalu je buat assignment sambil air mata dok meleleh luls. Tapi belajar memana pun semua susah kan *memang pembohong besar kalau cakap belajar ni mudah, yang penting niat tu kena betul, pastu hati pun kena ikhlas, tak ikhlas gak kau buat buat ikhlas pun jadi lah :p







2.               " Perghh mesti english kau ni power gila kan ? " *sambil senyum sinis


         " Try speaking sikit aku nak dengar. Mana la tau kot kot ada slang British " *sambil senyum sinis lagi

    " Nanti kalau jumpa kau tak boleh nak cakap melayu la kan, mesti kena cakap omputih " *sambil senyum sinis lagi dan lagi 



- Spesis macam ni pun boleh tahan gak dia punya menyampah tu. Niat dia tu lebih kurang sambil menyelam sambil minum air; sambil menganjing sambil cari pasal luls.



Stress tak payah nak cakap la, jumpa je asyik kena perli duhh. Jalan terbaik, tak payah nak bazir air liur layan mereka ni .Yang penting kita bahagia dengan hidup kita gittew.




3.       " Kau ni  mesti sosial teruk kan sebab tengok course kau pun dah tahu. "



- Hahaha gelak kejap bila baca, nak marah pun tak sampai hati. Asal hareyy sangat ni dik oii luls. Serious, ramai je pikir budak course english ni sosial, asal course ni mesti tak jaga bab bab agama.
Tak tau la kenapa pemikiran orang macam ni T___T.



Tolong la jangan nak senang senang judge orang kalau kau tak kenal dia bebetul duhh. Kesian course tu tak pasal pasal jadi mangsa. In Shaa Allah kalau kau pandai jaga diri, agama; kau belajar course apa pun tak jadi masalah.



Thanks for reading :)


Sunday, 15 November 2015

HITAM PUTIH


Assalamualaikum :)


Hai gais. Mohon jangan buat muka pelik sebab tak kenal ni blog yang mana satu luls. Dulu applemasin30.blogspot.com sekarang dah tukar jadi blackwhitewonderland.my. Kekonon nak konsep baru pastu acah acah omputih sikit. No more applemasin okay sekarang dah jadi WONDERLAND giteww dengan harapan semua yang singgah sini happy selalu.




Sebab tukar nama blog ? hmm banyak jugak tapi antara nya ialah sebab ramai sangat yang guna apple sebagai symbol blog memasing. Mulai hari ni dah tak nak jadi cik apple, jadi cik wonderland lah pulak hahaha *apa kau merepek ni Nina?? luls.




Dua ketul makluk penjaga wonderland :p



Konsep kali ni hitam putih sebab aku ni memang takleh lari dari dua warna ni. Kalau tak hitam, putih; tak putih hitam.
Header pulak aku pilih warna hitam. Dah lama nak buat header macam ni tapi tak pernah terbuat finally sekarang dah ada header style macam ni. Yeayyy. Anak ayam melompat sesat tu tak ada melambangkan apa maksud pun. Sebab aku rasa dia comellllllll hekhek.




Sekarang tengah mereput dok rumah sebab cuti sem pastu tak tau nak buat apa. So, mereput je la jawabnya nya T________T. Alhamdulillah final hari tu dapat jawab; harap harap result pun okay jugak.
Ingat nak buat review buku ke novel ke yelah dari dok buang masa je kan. hmm agak agak ada yang nak baca tak review aku yang merepek lebih tu ? hahaha.

Byeeeee :)