Thursday, 11 June 2015

Nina dan Fixi


Assalamualaikum :)


Ingat tak sebelum ni aku pernah janji nak review fixi ? luls sampai sudah tak buat. Sebab hari ni datang mood rajin, aku nak cerita la pasal la fixi ni. Ni awal awal lagi aku nak gitau la fixi yang aku dok sebut sebut ni buku fixi ; bukan basikal fixie ye. Kang nanti ada yang komen pasal basikal fixie aku lempang jugak haha. Emosi sebab hari tu dok syok borak pasal buku fixi dengan kawan aku datang la seseorang mencelah. Tup tup dok cerita pasal basikal fixie. Hahaha tercekik hakak mendengar nya dik.


Suka dengan warna dia, colourful sangat.


Memula aku boleh terjebak dengan buku fixi ni bila tengok someone dok update pasal ni. Disebabkan aku ni memang jenis yang mudah terpengaruh, so memang dok berangan je la nak beli buku fixi ni. Gigih la pergi cari dekat semua kedai buku, yelah masa tu buku fixi ni tak famous sangat, memang susah nak jumpa. Nasib baik jumpa dekat satu kedai buku ni, terus borong bebanyak kahkah.



Antara buku yang terawal aku baca ; awan, ajaib, gantung, asrama. Perghh, bila dah baca tu terus jatuh cinta. Macam mana korang dok sengih sengih teringat kekasih pojaan hati, macam tu la jugak aku bila baca buku fixi ni kahkah. Aku suka fixi ni sebab jalan cerita dia tu yang lain dari yang lain. Takdak yang kena tangkap khalwat, lepas tu kena paksa kawin, takdak juga yang asyik dok gaduh, dok marah suami luls. Buku fixi ni bila baca je kau kena pikir jauh tau, sejauh yang mungkin giteww.


Pakar pun bestttt.


Kalau yang baru nak start baca memang aku akan cadangkan buku awan, ajaib, gantung, dengan asrama jugak la. Asrama bagi aku banyak kenangan, sebab teringat zaman zaman dok asrama sekolah dulu, hantu asrama lagi fuhh rindu hahaha. Awan dengan ajaib pun antara yang terbaik la bagi aku. Hari tu jumpa penulis dia, Syafiq Aizat, dekat pesta buku terus takleh bercakap.Aku punya teruja tu kemain sampai nak bergambar pun kawan yang cakapkan ; senyum takyah cerita la, dah macam orang angau kahkah.



Ikutkan hati memang cita cita aku nak jadi penulis. Bab bab menulis, merepek, bagai ni memang aku suka. Kemain selalu dok berangan nak keluarkan buku sendiri ; tajuk buku, cover buku semua dah siap pikir hahaha. Tapi tu la bila nak menulis kalau takdak masa asyik busy je T___T. Bakat pun tak seberapa , ke laut je lebih luls.



Thanks for reading :)
 

Tuesday, 9 June 2015

Tolong Jangan



Assalamualaikum and morning ppl 



Dekat entry sebelum ni first time aku guna panggilan “nina”, acah acah sopan giteww. Rasa nya tu first and last kot haha. Taktau kenapa tapi aku lebih selesa guna “aku” bila menulis ni. Rasa dekat je dengan korang haaa. Maaf jugak kalau ada yang tak selesa penggunaan aku ni terutama yang lebih berusia.



Kali ni aku habaq la apa yang tak patut ada dalam blog dan yang jangan buat ececeh maaflah aku bukan pakar pun dalam bab bab ni, tapi sekadar nak kongsi la sepanjang aku dok usha blog blog sebelum ni. 


1. Background blog yang meletop top top vas vas.


Tolonglah, tolong ye jangan letak background blog “over” sangat. Pernah dulu aku singgah satu blog ni. Perghh kemain background dia. Bergerak gerak ada kilat sabung menyabung lagi fuhh. Tak lengah masa aku terus blah kahkah walaupun cara penulisan dia tu tak teruk pun.


Bagi aku sederhana tu lebih baik, lagi pun dah kalau orang asyik terganggu dengan background blog kau macam mana la dia orang nak fokus baca apa yang kau dok tulis tu ? Haa, nak lagi senang ambik contoh background blog apple masin ni hahahahaha *mati la nyah kena pulau nanti.


Contoh background simple. Sumber
                         

2. Bahasa makhluk asing


Ni lagi satu masalah yang selalu jugak aku jumpa yakni penggunaan bahasa makhluk asing. Contoh : Kiteww kenn sukeww makan apple macinnn luls. Jadah nya dik, kau belajar dekat mana bahasa unik macam ni haa ? Geram tau kekadang bila benda yang dia dok cerita tu best and aku nak baca sampai sampai habis tapi sebab bahasa dia tu terpaksa lupakan niat nak baca. T_____T. Pls, guna lah bahasa yang elok elok sikit.


3. Music


Music nak letak takpe, tak salah pun tapi tolong la letak music yang ada pause. Kita kena paham, tak semua orang suka lagu yang kita suka tu. Lagi satu, tolonglah bertimbang rasa sebab biasa la kita kalau dah bw tak hingat dunia, penuh blog yang dibukak sekaligus. Contoh : kau bukak 10 blog terus, 10 blog tu semua ada lagu yang takdak butang pause T_T terus kejung situ pening dengar lagu dok bercampur dalam kepala. 


Contoh music yang ada butang pause. Sumber


4. Shoutbox yang suka main sorok sorok


Blog dah okay, semua cun tup tup nak tinggal jejak tak jumpa cbox. Intai punya intai, godek punya godek setengah jam lepas tu baru kau jumpa rupanya ada je dekat tepi luls. Tak cukup dengan tu bila kau cuba bukak, dia punya kelajuan nak terbukak tu laju sikit je dari kura kura. hewhew pitam hakak kalau gini.



Contoh cbox yang cun. Sumber


Bersambung ( harap maklum la ye tuan blog ni memang gaya macam ni, asyik asyik dok bersambung )



Thursday, 4 June 2015