Friday, 11 December 2015

Godaan Zalora & Hermo



Assalamualaikum.

Hai gais,

Dekat hujung tahun ni macam biasa la, bersepah sale seolah olah tiada lagi hari esok *tetiba puitis . Yang paling best dekat Zalora dengan Hermo pun tengah sale teruk wehhhh.






Sale dekat Zalora ni  bermula dari 9/12 hingga 12/12 je oii. Esok dah last, omo omo kalau tak sempat kan menyesal tak sudah.







Port kegemaran aku, yakni bahagian beg. Nina dengan beg ni memang berpisah tiada. Kawan kawan rapat aku memang tau la perangai gila beg aku ni.


Semalam dah janji dekat diri sendiri, tak nak beli pun. " Sekadar cuci mata apa salah nya ", bisik hati nina kepada diri nya. Tup tup terbeli gak beg satu dekat Zalora ni, syaiton betul la hahaha.






" Tak apa beli beg ni, ada guna jugak nanti boleh bawak pegi kelas ", kata nina sekadar menyedapkan diri sendiri yang telah kalah oleh godaan Zalora luls.


Tapi bagi aku berbaloi gak la beli beg seketul ni, dah la ada discount pastu kebetulan aku ada promo code less 15% jadi la makin murah beg ni giteww. Maka bolehlah akak nina ni tersenyum lebar balik kuikui.





Hermo ni pulak aku kenal masa #mycybersale hari tu. Satu benda yang aku perasan tentang hermo ni, diorang ni suka betul buat sale. Kekadang takdak musim apa pun tup tup tengok ada sale perghh.




Yang seronok nya shopping dekat hermo ni  bagi aku ; diorang ni buat kerja laju. Hari ni kau email dia, settle bayar, kau tunggu dalam beberapa hari kejap je sampai. Pastu diorang ni layan pelanggan baik je.





Hari tu aku beli Yadah Bubble Deep Cleanser ni dengan mask dia. Kalau tak silap aku harga aku beli benda alah ni masa tu murah sikit dari harga ni.


Tapi harga ni pun dah kira murah weh. Dari harga RM55 jadi RM35, mana lagi nak dapat gini kan. Dekat Hermo ni kau beli lebih dari 1 item, dapat free postage, pastu dapat lagi free item untuk pembelian pertama omo omooo.



Motif sebenar post kali ni sebenarnya nak hasut korang semua pergi serbu Zalora dengan Hermo ni. Tak aci la aku sorang je terjebak, kalau boleh nak semua tergoda kahkahkah. Rugi weh sale banyak gini kau buat tak tau je *hasut lagi luls.


Haa tunggu apa lagi ? Dah dah pergi serbu cepat.



* Mintak maaf bebanyak yang letak blog ni dekat bloglist korang sebab aku tukar url blog baru padahal baru je tukar kan ; url yang hari tu terlampau panjang, yang ni senang sikit nak ingat pendek je  >_<



Bye :)

14 comments :

  1. awak buat kita rasa nak beg dkt zalora jugak!!!!! syaiton betl nafsuu pepagi niiii omg omgg window shopping!!!! :D

    ReplyDelete
  2. huhuhu qila pun tergoda tp alhamdulillah iman kuat agi. eh yeke.
    hahahaha NOOO!
    i just bought 3 baju muslimahs, 1 bag, 1 pair of shoes ugh :(
    tp serious sbb murah hihihihik no baziran happened so yay

    ReplyDelete
  3. haha nak beli online tak mampu duit takde hahahaa. mampu cuci mate je.

    ReplyDelete
  4. Baru shopping kat zalora tadi tapi guna coupon je. dah lama teringin nak shopping kat hermo tapi tunggu masyuk dulu >.<

    ReplyDelete
  5. First time dengar pasal Hermo ni.

    ReplyDelete
  6. Wah samalah fiqa pun suka online shopping kat zalora dan hermo plus lagi satu lazada hehehe xD

    ReplyDelete
  7. wahh suka betul ea dia.. heheh.. tapi akak tak pernah try lagi online shopping kat zalora ni.rasa macam tak reti plk nak order kat sana. kuno kan haha. selalu kat IG ye. thanks ye sbab masukkan blog akk kat bloglist. :D

    ReplyDelete
  8. Haha sama lah kita gila sale! XD

    ReplyDelete
  9. boleh terjebak shopping dekat zalora kalau baca sebelum 12hb :D hahaha. samalah kite pun peminat beg.. :D

    ReplyDelete
  10. nasib baik hari ni dah 14hb. I HATE CYBERSALES AND BLACK FRIDAY SALE UGHHHH~ Last 2 weeks' cyber monday and black friday sale got me splurging my payday on so many things... and of couse, like you, there is always "i might need this in the future" as i click the BUY button T_T

    ReplyDelete
  11. Nasib dah lepas tarikh. Haha. Klau tak, nak kena brlawan dgn nafsu pulak. Wahaha :P

    ReplyDelete
  12. Hermo! baru tau ade web tu..hehe..siyes tak pernah dengar

    ReplyDelete
  13. hahaha . mencik taw tgk semua barang nak . duet ciput je . haha. nsb boleh kawal nafsu shopping ni . geram taw tgk handbag lawa2 . ish .

    ReplyDelete
  14. sekadar nak cuci mata je lah dapat skrg ni hahaha pokai hbssssss

    ReplyDelete