Thursday, 11 June 2015

Nina dan Fixi


Assalamualaikum :)


Ingat tak sebelum ni aku pernah janji nak review fixi ? luls sampai sudah tak buat. Sebab hari ni datang mood rajin, aku nak cerita la pasal la fixi ni. Ni awal awal lagi aku nak gitau la fixi yang aku dok sebut sebut ni buku fixi ; bukan basikal fixie ye. Kang nanti ada yang komen pasal basikal fixie aku lempang jugak haha. Emosi sebab hari tu dok syok borak pasal buku fixi dengan kawan aku datang la seseorang mencelah. Tup tup dok cerita pasal basikal fixie. Hahaha tercekik hakak mendengar nya dik.


Suka dengan warna dia, colourful sangat.


Memula aku boleh terjebak dengan buku fixi ni bila tengok someone dok update pasal ni. Disebabkan aku ni memang jenis yang mudah terpengaruh, so memang dok berangan je la nak beli buku fixi ni. Gigih la pergi cari dekat semua kedai buku, yelah masa tu buku fixi ni tak famous sangat, memang susah nak jumpa. Nasib baik jumpa dekat satu kedai buku ni, terus borong bebanyak kahkah.



Antara buku yang terawal aku baca ; awan, ajaib, gantung, asrama. Perghh, bila dah baca tu terus jatuh cinta. Macam mana korang dok sengih sengih teringat kekasih pojaan hati, macam tu la jugak aku bila baca buku fixi ni kahkah. Aku suka fixi ni sebab jalan cerita dia tu yang lain dari yang lain. Takdak yang kena tangkap khalwat, lepas tu kena paksa kawin, takdak juga yang asyik dok gaduh, dok marah suami luls. Buku fixi ni bila baca je kau kena pikir jauh tau, sejauh yang mungkin giteww.


Pakar pun bestttt.


Kalau yang baru nak start baca memang aku akan cadangkan buku awan, ajaib, gantung, dengan asrama jugak la. Asrama bagi aku banyak kenangan, sebab teringat zaman zaman dok asrama sekolah dulu, hantu asrama lagi fuhh rindu hahaha. Awan dengan ajaib pun antara yang terbaik la bagi aku. Hari tu jumpa penulis dia, Syafiq Aizat, dekat pesta buku terus takleh bercakap.Aku punya teruja tu kemain sampai nak bergambar pun kawan yang cakapkan ; senyum takyah cerita la, dah macam orang angau kahkah.



Ikutkan hati memang cita cita aku nak jadi penulis. Bab bab menulis, merepek, bagai ni memang aku suka. Kemain selalu dok berangan nak keluarkan buku sendiri ; tajuk buku, cover buku semua dah siap pikir hahaha. Tapi tu la bila nak menulis kalau takdak masa asyik busy je T___T. Bakat pun tak seberapa , ke laut je lebih luls.



Thanks for reading :)
 

15 comments :

  1. ninanggg i hope u write one nanti. i adore u tauu. ehekkk. plis lahhhh bakat hang kebabom wa cakap lu . kciao :P

    ReplyDelete
  2. hai, Mario dah pernah baca Gantung, dan novel tu memang antara novel Fixi yang Mario pernah baca. suka plot dia. Haha. :)

    ReplyDelete
  3. Akak dah lama berkenan nak baca FIXI. Tapi kat sini takde kedai buku yang khas jual jual novel apa semua nie. Sedehnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang lalu...tak try beli online ke? :)

      Delete
  4. Belum berpeluang lagi nak beli dan baca buku FIXI ni.

    ReplyDelete
  5. same goes to me. hahaha kumpul fixi coz novel sempoi gitu.

    ReplyDelete
  6. wahh bnyak...dh lama x membaca novel2 gini...rs nk start mengumpul balik..hehe

    ReplyDelete
  7. yeay kita soulmate pembaca fixi hahaha. samalah ajaib, awan dah baca serious sedih part last tu ;( anyway, gambar atas tu buku2 awak ke? banyaknya!! untung ah haha

    ReplyDelete
  8. kita tak into fixi sangat... hihi.. tapi cantiklah warna2 dia bila susun cenggitu.. hihi

    ReplyDelete
  9. hehee. ninaa ni terjebak ikut hazy ke cemana. btw, dah baca pakar, awan, gantung, ajaib. biasa buku fixi ni banyak kat bookfair je. dengan MPH. kalau bertuah. huhuu

    ReplyDelete
  10. buku fixi pertama yang farah baca ialah mental. terkejut bila baca buku tu, penuh dengan ehem ehem. hahahaha. xD yang paling farah suka ialah kacau. seram doh bila baca waktu malam. but now dah jarang baca buku fixi. pt3 :((

    ReplyDelete
  11. kita dh jual buku-2 fixi ni hahahahaha. sb dh bca and terus jual :D jom follow kitaa http://impianacikyaanie.blogspot.my/

    ReplyDelete
  12. Buku Fixi kegemaran aku adalah Gergasi .

    ReplyDelete
  13. ramai kwn suka baca buku fixi ni. ade juga beli stu tp baca pun tak lagi. padahal stu buku je pun hahah tak smpat nk baca

    ReplyDelete
  14. kyaaaaaa my first fixi was also asrama!!!
    hate the ending hahahaha sakit hati betul hantu T_T
    huhuhu nnt qila tua sikit nk borong fixi gak la hehe
    raya tahun dpn ke ekeke sbb 6 buku rm100 je kan huhu murah kut T_T

    ReplyDelete