Thursday, 9 November 2017

REVIEW: ST. IVES OATMEAL SCRUB + MASK


Hi.


Dalam banyak-banyak skincare products yang aku guna, brand ST. Ives ni boleh kata antara yang paling aku suka.
Kualiti tip top tapi dijual dengan harga yang berpatutan, mampu milik kata orang gitew.




Antara product keluaran ST. Ives yang aku suka ialah OATMEAL SCRUB + MASK. What it claims? - Softens Skin & Smoothes Away Dryness.


Serious best sangat!


Aku biasanya guna buat scrub je. Malas nak guna sebagai mask, lagi pun mask aku banyak lagi yang tak guna.


Bau scrub ni wangi, macam manis-manis pun ada; tak reti nak cakap macam bau apa tapi yang penting wangi okay.
Dah la wangi, pastu bila pakai rasa sejuk kemain. Macam letak dalam peti ais, ke aku je rasa macam ni? hahaha tak kisah la yang penting aku suka!





Scrub + Mask ni agak cair sikit kalau nak bandingkan dengan scrub-scrub ST. Ives yang lain. Biasa macam pekat gitu kan, tapi yang ni tak.
Warna scrub ni putih dan bercampur dengan biji-biji warna coklat. Biji coklat tu kecik je kira just nice bila kau scrub muka kau.


Memula beli scrub ni sebab tengok ianya untuk dry skin. Hellooo, kalau untuk dry skin of course aku akan cepat-cepat beli. Lebih-lebih lagi bila datang dari brand yang aku dah guna lama macam ST. Ives ni.
Muka aku jenis yang kering teruk, senang sangat nak menggelupas nya duhh.






Bila pakai scrub ni, aku perasan kulit jadi lembut berbanding sebelum nya. Terus rasa macam woww, I is jatuh cinta! Bae sangat dah ni lol.


Biasa nya aku akan genyeh-genyeh scrub ni seluruh muka terutama nya dekat bahagian hidung tu kena banyak kan sikit sebab kat situ biasa nya kering melampau. Memang boleh kata kan, aku dapat rasa tahap kekeringan muka aku berkurang bila guna ni.


Seriously, sesiapa yang ada masalah kulit kering macam aku patut cuba ni. Bukan la cakap kulit korang dah tak kering terus lepas pakai scrub + mask ni, tapi ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan.


Sebelum ni pun aku pernah review ST. IVES GREEN TEA SCRUB. Boleh baca sini tau.


Thank you for reading.

Love, Nina.